09 April 2008

Media BN putar belit, babi...

Kerajaan Selangor rakus – Penduduk

SEPANG 8 April – Penduduk Kampung Tumbuk, Tanjung Sepat dekat sini kecewa dengan kerajaan baru Selangor kerana terlalu rakus meluluskan projek penternakan babi bernilai RM100 juta di situ tanpa mengambil kira sensitiviti penduduk tempatan.

Ketua Kampung Tumbuk, Mohd. Tarmudi Tushiran berkata, lebih dikesalkan ialah kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas juga tidak pernah turun padang untuk melihat sendiri kesulitan yang dialami penduduk sekitar akibat aktiviti penternakan babi di kawasan itu.

‘‘Tahu-tahu mereka telah meluluskan projek tersebut. Tiada pertemuan atau perbincangan diadakan dengan kami sejak mereka memerintah. Ini jelas satu penghinaan.

‘‘Berapa besar pusat penternakan yang hendak mereka dirikan? Itu semua kami tidak dimaklumkan. Apa jaminan kehidupan kami? Itu juga tidak dimaklumkan. Kami terus dihukum, terima pusat penternakan yang kami tolak selama ini,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Kerajaan Negeri Selangor meluluskan projek ladang penternakan babi bernilai RM100 juta tersebut dalam mesyuarat Exco 2 April lalu.

Menurut salah seorang anggota Exconya yang juga Setiausaha Nasional Wanita DAP, Teresa Kok, Selangor berhasrat menjadi contoh terbaik kepada kerajaan negeri lain dalam mengusahakan penternakan ladang babi secara moden.

Menurut Mohd. Tarmudi, ketika ini dianggarkan lebih 20 ladang penternakan babi terdapat di kawasan itu dengan jumlah keseluruhan babi mencecah 300,000 ekor.

Katanya, kerajaan Selangor yang ditadbir Barisan Nasional (BN) sebelum ini ada mendapatkan pandangan daripada penduduk tempatan untuk mengusahakan ladang penternakan babi di situ.

‘‘Antaranya mereka membawa saya selaku ketua kampung meninjau pusat penternakan babi di Jerman bagi menyakinkan tentang teknologi yang bakal digunakan itu.

‘‘Pun begitu sehingga hari ini, walaupun telah melihat teknologi Jerman itu, kami penduduk kampung di sini tetap membantah pusat penternakan babi di sini kerana ada banyak sebab. Satu sebab utama ia dekat dengan kawasan penempatan.

Bantahan

‘‘Jadi, kita minta kerajaan negeri Selangor sekarang carilah kawasan lain,” katanya sambil menambah pihaknya akan berhimpun di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam esok untuk mengemukakan memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Dalam pada itu, Ketua Kampung Ladang Batu, Ngadio Mistam, 59, yang terletak bersebelahan Kampung Tumbuk kesal kerana aktiviti penternakan babi di kawasan itu tidak dikawal dan dipantau pihak berkuasa.

Kata beliau, akibatnya banyak tali air dan parit dipenuhi air najis babi.

Lebih memburukkan keadaan, semua air tersebut dibuang terus ke laut sehingga menyebabkan pantai sekitar tercemar oleh tompokan hitam dipercayai sisa-sisa najis babi.

‘‘Apa yang pelik adalah kawasan ini terletak di tengah dua pusat peranginan utama iaitu pantai Bagan Lalang dan Morib. Tidak mustahil pencemaran itu turut sampai ke pantai berkenaan,” katanya.

Ngadio secara seloroh kemudiannya berkata, dengan anggaran jumlah 300,000 ekor babi yang dibela di kawasan itu, ia bermakna setiap penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat memiliki 10 ekor babi, tidak termasuk anak-anak babi.

Seorang penduduk, Hashim Barman, 45, berkata, sejak kerajaan campuran memerintah, penternak di kawasan ini kelihatan semakin ‘besar kepala’.

‘‘Air dan sisa buangan babi dilepaskan terus ke parit atau tali air. Tidak lagi ditapis. Malah, penternak juga bebas meletakkan bangkai babi di sepanjang jalan di kawasan itu,” katanya.

Nisman Yusuf, 49, pula berkata, kerajaan perlu mengambil langkah drastik mengawal aktiviti penternakan babi di kawasan itu sebelum terjadi malapetaka serangan penyakit seperti yang pernah berlaku di Sungai Nipah, Negeri Sembilan.

‘‘Aktiviti penternakan di sini seolah-olah sudah tidak terkawal,” katanya.

http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment