09 April 2008

Apa juga saman oleh kerajaan negeri kepada individu akan digugurkan di Selangor - MalaysiaKini

Lihat video Ronnie Liu kepada MalaysiaKini

K'jaan S'gor gugur semua saman

Semua tindakan undang-undang yang diambil oleh kerajaan negeri terhadap individu di Selangor akan digugurkan, kata exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidikan, Ronnie Liu.

"Saya telah meminta semua yang dipertua majlis tempatan mengumpulkan semua jumlah kes tersebut. Kita telahpun memutuskan apa juga saman terhadap individu, akan digugurkan.

"Manakala tindakan undang-undang yang difailkan terhadap kita (kerajaan negeri), kita akan minta mereka tarik balik supaya semuanya diselesaikan di meja rundingan," katanya.

Liu, 50, memberitahu demikian kepada Malaysiakini dalam satu wawancara di pejabatnya di Shah Alam semalam.

"Sehingga ini, kita telah menarik balik perintah pemindahan terhadap penduduk, seperti di Papan di Pandamaran (Klang) dan di Kampung Berembang.

"Dan mengenai isu kabel elektrik berkuasa tinggi di Rawang, kami telahpun menasihatkan peguam kedua belah pihak supaya menangguhkan dahulu semua tindakan," katanya.

Dalam wawancara tersebut, ahli dewan undangan negeri (Adun) Pandamaran itu turut ditanya mengenai dakwaan bahawa Adun DAP Sungai Pinang, Teng Chang Khim telah dipinggir dalam parti dan kerajaan negeri.

"Tidak benar. Teng membantu parti menang pilihanraya dan menubuhkan kerajaan campuran (di Selangor). Diharapkan beliau akan dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Dengan adanya Teng, kita akan dapat mentadbir dan menaiktaraf (DUN) kerana ia adalah sebahagian daripada matlamat parti untuk menjadikan parlimen dan DUN bertaraf dunia," katanya.

"Speaker merupakan satu jawatan terkanan dan penting di segi protokol dan pentadbiran DUN. Beliau akan mempunyai 25 kakitangan di bawahnya. Saya? hanya seorang kerani. Apakah itu anda anggap (beliau) dipinggirkan? Tidak," tambah Liu.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment