04 April 2008

Mahadhir punca UMNO terus lemah - Nazri Aziz

"Mahathir penyebab Umno cedera parah" Nazri Aziz

PARIT BUNTAR: Seorang pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan lari dan menyerah kalah ketika berhadapan kegawatan sebaliknya bersedia untuk terus memikul cabaran bagi memperbetul dan memulihkan segala masalah yang timbul, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata tindakan meletak jawatan kerana merasakan bertanggungjawab merupakan budaya orang Barat, dan sebagai orang Timur, pemimpin di negara ini tidak boleh meniru budaya sedemikian sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab terhadap segala kekusutan dan masalah yang dihadapi.

"Dalam keadaan sekarang kita melihat pembangkang PAS, PKR dan DAP boleh duduk bersama-sama untuk berbincang tentang memperkukuhkan pakatan mereka, (sedangkan) Umno yang diketuai Tun Mahathir berusaha untuk memecah-belahkan kita. Jadi saya rasa amat-amat kecewa.
"Kepada saya, seorang pemimpin yang menghadapi keadaan gawat dan cabut lari adalah (pemimpin) yang tidak bertanggungjawab tetapi macam Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dia rasa bertanggungjawab. Takkan dia nak lepas satu kapal yang dah nak tenggelam dan bagi tahu Datuk Seri Najib (Tun Razak)... 'saya nak you ambil-alih, bagi balik kapal ni naik'.

"Tidak boleh macam itu. Kita orang Timur kita kena ambil tanggungjawab. Macam (Tan Sri Dr Koh) Tsu Koon (Pemangku Presiden Gerakan) buat itu (letak jawatan) tidak betul. Dia lari macam itu...tak boleh, dia mesti perbetul balik. Bila dah nampak kapal itu sudah belayar okay, maka pada ketika itu nak lepas (jawatan) pada timbalan...lepaslah. Jangan lepas benda yang buruk, yang teruk, yang robek...itu tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang ehsan kepada 124 mangsa bencana alam di sini hari ini.

Beliau berkata Perdana Menteri perlu diberi layanan dan peluang yang sama untuk menangani kemelut Umno selepas pilihan raya umum ke-12 seperti mana peluang yang telah diberikan kepada bekas Presiden Umno dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad ketika berhadapan kegawatan serupa sebelum ini.

Mohamed Nazri berkata ketika Barisan Nasional (BN) kehilangan Kelantan pada pilihan raya umum 1990 serta kalah di Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya umum 1999, tidak ada pihak yang mendesak agar Dr Mahathir melepas jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri sebagai mengambil tanggungjawab kerana kekalahan itu.

"Pada saya, saya setuju dengan Zam (bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin) kata...sebenarnya Umno ni kuat tapi yang menyebabkan Umno ni jadi cedera sekarang ni (ialah) Tun Mahathir," katanya.
"Malah kita (pemimpin dan ahli Umno) kata (kekalahan tersebut) tanggungjawab bersama dan kenalah tanggung bersama," katanya.

Mohamed Nazri berkata beliau kecewa terhadap tindakan Dr Mahathir dan sekumpulan ahli Umno yang menyatakan kritikan secara terbuka menuntut Abdullah meletak jawatan sebagai Presiden Umno dan juga Perdana Menteri.

"Dalam keadaan sekarang kita melihat pembangkang PAS, PKR dan DAP boleh duduk bersama-sama untuk berbincang tentang memperkukuhkan pakatan mereka, (sedangkan) Umno yang diketuai Tun Mahathir berusaha untuk memecah-belahkan kita. Jadi saya rasa amat-amat kecewa.

"Pada saya, saya setuju dengan Zam (bekas Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin) kata...sebenarnya Umno ni kuat tapi yang menyebabkan Umno ni jadi cedera sekarang ni (ialah) Tun Mahathir," katanya.

http://klpos.com

No comments:

Post a Comment