10 April 2008

London tolak permohonan bina Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak yang bernilai RM490 juta

Projek sukan kontroversi dibatalkan

Projek pembinaan pusat sukan berprestasi tinggi di bangunan Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di London - yang menimbulkan kontroversi bawah menteri dulu - dibatalkan berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan mengambil keputusan tidak meneruskan projek itu yang dilaporkan memakan belanja RM490 juta.

Keputusan memberhentikan projek itu dipersetujui oleh timbalan perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Keputusan dibuat selepas meneliti semua aspek dan pandangan pelbagai pihak serta harapan yang tipis untuk menampilkan rayuan terhadap keputusan Majlis Bandaraya Brickendonbury yang menolak cadangan pembinaan pusat sukan itu pada Ogos tahun lalu,'' kata Ismail Sabri. http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment