07 April 2008

Kiblat masjid kristal Terengganu tidak betul adalah tidak betul



http://www.tranungkite.net

PEMBERITAHUAN : ARAH KIBLAT MASJID KRISTAL
Pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu menafikan tohmahan yang mengatakan arah kiblat Masjid Kristal menympang dari arah sebenar.
Pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Terengganu telahpun membuat semakan semula pada 21 Februari 2008 bersama-sama kakitangan Pejabat Mufti
berserta dengan pihak kontraktor binaan dan telah mengesahkan bahawa arah kiblat Masjid Kristal adalah tepat dan betul.Kaedah semakan
yang digunakan adalah dengan membuat tilikan matahari untuk kawalan bearing kemudian diunjurkan kepada arah saf dalam masjid tersebut
adalah 291 20' 08" sebagaimana arah kiblat yang sepatutnya di sekitar Kuala Terengganu
Dengan Penjelasan ini, disahkan bahawa arah kiblat Msjid Kristal adalah tepat dan betul dan tidak menyimpang sebagaimana yang didakwa
oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab
Pengarah Ukur dan Pemetaan Terengganu
3 Mac 2008

http://www.jutr.gov.my/index_bm.cgi

No comments:

Post a Comment