Lima cedera tembak menembak di balai berlepas di KLIA
SEPANG: Lima lelaki, termasuk dua pemilik syarikat penggurup wang bersama dua pengawal peribadi parah ditembak empat perompak yang berjaya melarikan wang $S1.5 juta (RM3.45 juta)dalam rompakan nekad di luar Pintu 8, Balai Berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, malam ini.
Dalam kejadian jam 7.50 malam itu, kenderaan dinaiki dua pemilik syarikat penggurup wang yang membawa mata wang Singapura itu dengan diiringi dua pengawal, diserang sebaik tiba di lokasi kejadian dari Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Zahidi Ayob, berkata empat perompak datang dari arah kiri dan kanan kenderaan dan terus melepaskan tembakan ke arah mangsa menyebabkan semuanya cedera.
"Keempat-empat mangsa serta seorang lagi lelaki rakyat Nepal yang kebetulan berada berdekatan cedera di badan terkena tembakan yang dilepaskan perompak dan terus merebahkan badan ke lantai.
"Pada ketika itu, pengawal peribadi penggurup wang sempat membalas tembakan ke arah perompak.
Dalam keadaan kelam kabut itu, perompak yang tidak memakai sebarang pelindung muka, berjaya melarikan beg berisi wang itu dengan menaiki kenderaan," katanya.
http://www.bharian.com.my
No comments:
Post a Comment