22 April 2008

Kerajaan tidak berhasrat batal misi angkasawan kedua - Najib

PUTRAJAYA 22 April – Kerajaan tidak berhasrat membatalkan misi penghantaran angkasawan negara kedua ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang dijadualkan pada 2011 tetapi sedang memikirkan beberapa pilihan lain sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, perkara yang lebih penting sekarang ialah mendapatkan analisis mengenai manfaat misi pertama program angkasawan itu.

``Kita belum membuat sebarang keputusan lagi... kita masih terbuka kepada beberapa pilihan, yang penting ialah analisis manfaat misi pertama kemudian kita putuskan sama ada justifikasi yang kuat bagi meneruskan misi kedua.

``Kalau masalah kewangan menjadi satu kekangan maka ada pilihan lain yang boleh kita fikirkan umpamanya kita teruskan latihan tetapi menangguhkan misi penghantaran kedua untuk satu masa yang mungkin lewat daripada jadual,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan delegasi ahli-ahli Parlimen Indonesia yang dalam rangka Program Pelawat Antarabangsa Malaysia di pejabatnya di sini hari ini. – Utusan.

No comments:

Post a Comment