Jangan perbesar kisah Sufiah - Mufti
KANGAR 9 April - meminta supaya cerita malang gadis genius matematik, Sufiah Yusof tidak diperbesarkan lagi oleh media kerana ia hanya memberi gambaran negatif terhadap agama Islam.
Katanya, penyebaran berita mengenai Sufiah oleh media Barat nyata cuba mengaitkan status agamanya untuk memberikan perspektif buruk mengenai Islam selain dijadikan bahan melariskan akhbar atau laman web media masing-masing.
"Media Barat jelas mempunyai agenda. Jika benar mereka mahu membongkar sesuatu permasalahan umpamanya kisah Sufiah ini, sepatutnya mereka tidak menyatakan namanya dalam penulisan itu, cukup sekadar menyatakan secara bayangan sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Mohd. Asri berkata, pengakuan Sufiah yang tidak menyesal dengan 'pekerjaan' yang dilakukannya itu kemungkinan dibuat setelah gadis itu berasa sangat kecewa sejak berita mengenainya tersebar.
"Lazimnya, orang yang cerdik atau genius mempunyai tahap keberanian yang tinggi dan mungkin momokan keterlaluan mengenainya menyebabkan dia membuat pengakuan berani itu," katanya.
Mohd. Asri mengulas mengenai nasib Sufiah, yang pernah menarik perhatian dunia apabila diterima masuk ke Universiti Oxford pada usia semuda 13 tahun, 10 tahun lalu.
Kisah Sufiah yang menjadi pekerja seks di London, didedahkan oleh wartawan News of the World (NOTW) setelah menyamar sebagai pelanggannya.
Gadis itu dikatakan terbabit dalam kegiatan tidak bermoral tersebut untuk menyara hidup dan pengajiannya sejak beberapa tahun lalu.
Kegiatannya terbongkar apabila wartawan terbabit menemui iklan Sufiah mengenai 'khidmatnya' di Internet.
Pendedahan akhbar tabloid itu kemudian dipetik dan dimuatkan dalam kebanyakan akhbar tempatan.
Sufiah merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup ibunya, Halimahton yang berasal dari Muar, Johor dengan Yusof Farooq yang berbangsa Pakistan.
Yusof kini dipenjara atas kesalahan melakukan serangan seksual ke atas dua gadis berusia 15 tahun yang mengikuti tuisyen matematik di rumahnya.
http://www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment