PETALING JAYA, 1 April (Hrkh) - Seorang Ketua Pemuda Umno Bahagian di Selangor diheret keluar dewan oleh orang ramai hari ini dalam program Forum Umno Pasca Pilihan Raya Umum ke-12 berikutan cadangannya supaya bekas Timbalan Presiden Umno, Dato' Seri Abwar Ibrahim diajak masuk semula ke dalam Umno.
Aznizam Adham yang bangun berucap dan mendakwa menyampaikan pandangan kalangan pemuda elit terpaksa menerima hakikat bahawa beliau tersalah 'gelanggang' hingga menyatakan cadangan sedemikian.
Beliau pada mulanya melontarkan idea supaya Umno dipulihkan selepas mengalami kekalahan pada pilihan raya umum yang lalu dengan agenda pembaharuan.
Namun berikutan menamakan Anwar dalam cadanngannya itu, Aznizam yang memakai baju bewarna cokelat gelap diheret oleh beberapa orang pemuda dan penonton, sementara penonton yang lain turut bertempik marah dengan cadangan Aznizam.
Keadaan menjadi kalut kira-kira 5 minit sebelum ditenangkan oleh pengerusi forum dan beberapa orang pengawal bagi pihak penganjur.
Turut hadir dalam program itu ialah, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo; Ketua Penerangan Umno Johor, Dr Mohd Puad Zarkashi; anak Tun Mahathir, Dato' Mukriz, Tan Sri Sanusi Junid; Dato' Mohd Khalid Yunus; Dato' Hassan Ahmad; Dato' Rejal Arbee, Marina Mahathir dan kira-kira 2000 penonton.
http://www.harakahdaily.net
Mukhriz hentam Pak Lah secara terbuka
Satu forum menilai keputusan pilihanraya 8 Mac yang dianjurkan oleh sebuah laman web di Hotel Singahsana Petaling Jaya pagi Selasa berlangsung dalam suasana panas.Tiga penal forum itu ialah ahli parlimen Jerlun yang juga Exco Pemuda UMNO Datuk Mukhriz Mahathir,bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo dan ahli parlimen Batu Pahat dan Ketua Penerangan UMNO Johor Datuk Dr Fuad Zakarshi.
Ucaputama disampaikan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.Kira-kira 3,000 orang hadir.Mukhriz yang sebelum ini ada tulis surat meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dalam ucapannya antara lain telah menghentam secara terbuka kepimpinan Perdana Menteri.Beliau mendakwa berbagai kelemahan kepimpinannya telah menyebabkan prestasi teruk Barisan Nasional dalam pilihanraya umum baru-baru ini.
Anak bekas Perdana Menteri itu berkata beliau sedia memimpin untuk membawa perubahan dalam UMNO.Dr Fuad pula antara lain berkata Pemuda UMNO gagal untuk menawan hati gegerasi muda dan satu reformasi kepimpinan perlu dibuat dalam kepimpinannya.Dr Khir pula antara lain meminta semua pihak tidak emosi dan sebaliknya terus menjalankan usaha menarik balik sokongan rakyat.Semasa sesi soal jawab kalangan hadirin telah mengemukakan berbagai soalan 'panas' kepada para hadirin.
http://www.agendadaily.com
No comments:
Post a Comment