22 April 2008

Beria-ria Khir mahu Pak Lah undur

Peralihan Kuasa Perlu Disegerakan Jika Mahu UMNO dan BN Kembali Kukuh

Berdasarkan laporan-laporan media hari ini ternyata YAB Pak Lah berhasrat untuk kekal buat beberapa tahun lagi. Persoalannya apa akan berlaku kepada senario politik negara dan UMNO? Apakah hala tuju kepimpinan negara berdasarkan kenyataan Pak Lah beberapa hari lalu?

Dalam catatan sebelum ini, saya menyatakan bahawa Pak Lah harus melaksanakan exit plan seperti yang disarankan oleh banyak pihak termasuk UMNO Johor.

Saya juga menyarankan beberapa pembaharuan segera dalam kerajaan dan UMNO jika BN mahu kembali mendapat kepercayaan rakyat. Beberapa pandangan yang diberi oleh pembaca mengenai arah pembaharuan dalam catatan sebelum ini turut boleh dijadikan panduan.

Nampaknya cadangan peralihan kepimpinan dan pembaharuan secara baik tidak akan berlaku dalam masa terdekat ini. Saya percaya ini akan memberi kesan kepada usaha untuk meraih kembali kepercayaan dari kalangan akar umbi UMNO dan rakyat.

lagi berita di
http://www.drkhir.com/2008/04/peralihan-kuasa-perlu-disegerakan-jika_18.html

Peralihan kuasa elak saingan sengit

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo berkata langkah mengemukakan lebih awal pelan peralihan kuasa akan dapat mengelak pertandingan sengit sehingga memecahbelahkan parti dalam perhimpunan agung Disember depan.

"Jika ada pihak mengatakan ini merupakan satu desakan daripada saya terpulanglah kepada pemahaman masing-masing," kata bekas menteri besar Selangor itu dalam catatan terbaru dalam blognya semalam.

Dr Mohd Khir yang baru pulang daripada mengerjakan Umrah berkata, beliau cuma menyampaikan suara akar umbi yang menyatakan pandangan mereka kepada beliau.

"Saya fikir pandangan-pandangan ini amat relevan dan saya bertanggungjawab untuk menyampaikannya kepada kepimpinan parti dan negara," katanya.

Kelmarin, pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata sebarang pandangan pandangan Dr Mohd Khir mengenai peralihan kuasa, adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian Umno Selangor.

Menurut Dr Mohd Khir lagi, selain pandangan ahli Umno yang berjumlah lebih tiga juta orang, "pandangan orang Melayu seramai 16 juta juga perlu diambil kira bagi memastikan Umno terus relevan".

Sebab itulah, tambahnya, dalam catatan pertamanya mengenai peralihan kuasa, beliau menegaskan bahawa Umno, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan harus mencari satu formula baru bagi memastikan ia terus relevan kepada orang Melayu, Cina dan India serta kaum-kaum lain di Malaysia.

lagi berita di http://www.malaysiakini.com/news/81746

No comments:

Post a Comment