22 April 2008

9 ulama mati dalam masjid

MOGADISHU: Mayat sembilan ulama ditemui dalam sebuah masjid di ibu negara Somalia, semalam, dengan penduduk mendakwa mereka ditembak askar Habsyah dalam pertempuran dengan pemberontak hujung minggu lalu.

Enam daripada mayat ditemui dalam Masjid Al-Hidaya di utara Mogadishu, manakala tiga lagi dijumpai di luarnya. Penemuan mayat ulama itu menjadikan angka korban pertempuran selama dua hari kepada 56.

“Mereka adalah pendakwah yang tidak bersalah tetapi ditembak oleh tentera Habsyah,” kata seorang penduduk, Farah Fargan, yang membantu mengumpulkan mayat berkenaan.

Seorang lagi penduduk, Sheikh Mohamed Muse berkata, askar Habsyah juga menahan 21 budak lelaki yang berlindung dalam masjid itu ketika pertempuran meletus.

“Apa yang mereka lakukan adalah satu pencabulan hak asasi manusia. Mereka menembak ulama yang berada dalam rumah Allah. Tuhan akan menghukum mereka,” kata Muse.

Mogadishu dilanda pertempuran paling sengit dalam tempoh dua bulan antara pemberontak dengan askar kerajaan Somalia yang dibantu tentera Habsyah, Sabtu lalu.

sumber berita
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=9247

No comments:

Post a Comment