Ini adalah berkaitan berita mengenai pengguguran Zulkifli Noordin sebagai calun P18 seperti yang tersiar dan tersebar. Adalah dimaklumkan bahawa berita itu tidak benar dan fitnah semata-mata.
Seperti yang disyaratkan oleh SPR, Zulkifli Noordin telah menfailkan penyata akaun pada hari penamaan calun. Lapuran yang dibuat oleh pihak lawan adalah tindakan terdesak kerana tempoh bantahan juga telah tamat dan SPR telah mengesahkan Zulkifli Noordin untuk bertanding.
Tindakan terdesak dan bacul pihak lawan ini juga boleh dianggap cuba untuk menggelirukan pengundi dan penyokong Barisan Rakyat serta mahu memperalatkan SPR (yang memang pun diperkudakan BN) untuk menang percuma.
Kemungkinan melihat sambutan pengundi terhadap Barisan Rakyat menjadikan pihak lawan dalam keadaan ketakutan dan cuba memberikan gambaran negatif terhadap Zulkifli Noordin. Kepada pihak lawan, kita biarkan rakyat dan pengundi menjadi hakim dan jangan jadi pengecut!
- http://zul4kulim.blogspot.com
No comments:
Post a Comment