KUALA LUMPUR, 17 Mac (Hrkh) - Gabungan Parti Pembangkang (PAS,KeADILan dan DAP) sudah tentu boleh memenangi pilihan raya umum lepas sekiranya proses pilihan raya dijalankan secara adil dan bersih, demikian menurut Ahli Jawatankuasa Bersih, Dr Dzulkifli Ahmad.
Beliau berkata, hanya di atas sokongan luar biasa dalam pilihan raya lalu dari
kalangan para pengundi yang telah mengatasi segala bentuk penipuan dilakukan oleh
BN yang bersekongkol dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Sokongan luar biasa daripada rakyat dalam pilihan raya baru-baru ini membuatkan penipuan yang dilakukan oleh SPR seolah-olah tidak berlaku," katanya.
Beliau turut membidas kenyataan sesetengah pihak termasuklah Setiausaha SPR, Dato' Kamaruzaman Mohd Noor yang mengatakan tuduhan Bersih bahawa pilihan raya kali ini tidak adil adalah salah.
Beliau berkata demikian dalam sidang media anjuran Bersih yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina, Ampang pagi tadi.
Selain itu, dalam sidang media itu juga, Bersih agar Yang Di-Pertuan Agong menubuhkan satu Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji proses perjalanan pilihan raya dan juga menyiasat dakwaan-dakwaan tentang aduan penipuan dan salah guna kuasa yang dialami para pengundi.
"Bersih meminta semua rakyat Malaysia untuk menyokong petisyen kepada Raja bagi menubuhkan Suruhanjaya Diraja Reformasi Pilihan Raya,"katanya lagi.
Tambahnya, Bersih tetap akan meneruskan agendanya menuntut pilihan raya yang bersih walaupun pakatan pembangkang berjaya menafikan 2/3 majoriti BN di Parlimen.
Sementara itu, Dr Dzulkifli juga menyebut bahawa Bersih turut menggariskan beberapa bentuk penipuan dan salah laku yang luar biasa berlaku sepanjang proses pilihan raya antaranya, pendaftaran palsu, pemindahan pendaftaran tanpa kebenaran, pendaftaran berganda, pengundian berganda, undi pos yang tidak ada kerahsiaan, tempoh berkempan yang singkat, media yang berat sebelah, dan peruntukan berkempen melebihi had.
Ahli Jawatankuasa Bersih yang turut sama dalam sidang media itu antaranya,Dr Syed Azman Syed Nawawi, Sivarasa Rasiah, Theresa Kok, Anuar Tahir, Ronie Liu, Yap Swee Seng, Jason Garald, dan Lee Khai Loon.
- http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment