Anwar Ibrahim Perdana Menteri Mei ini!
Khabar angin semakin kencang bertiup mengatakan BA bakal memerintah negara Malaysia menjelang bulan Mei ini di bawah teraju Dato' Seri Anwar Ibrahim. Selepas DSAI bebas untuk bertanding April ini, maka beliau sudah pasti akan muncul semula di Dewan Rakyat. Ramai rakan yang menyebut bahawa DAP juga telah sedia menawarkan mana-mana kerusi untuk Anwar bertanding dan kembali ke Dewan Rakyat sebagai ketua yang sebenarnya.
Beberapa hari yang lepas juga, Timbalan Presiden PKR menyebut bahawa Anwar mungkin tidak akan bertanding di Permatang Pauh kerana jika kawasan lain yang dipilih, maka sudah pasti kerusi untuk BA akan terus bertambah di parlimen.
Kenyataan ini sememangnya akan menggusarkan lagi pimpinan UMNO-Barisan Nasional. Ya, sudah pasti mereka akan terfikir, kerusi parlimen mereka yang mana satukah yang bakal terkorban kepada PKR untuk memunculkan semula Anwar ke Dewan Rakyat. Adakah ada MP mereka yang akan 'meninggal dunia' ataupun menyerahkan (baca: menyertai PKR) kerusi mereka secara sukarela untuk Anwar bertanding?
Apa Teorinya?
Baik, apa yang bermain di fikiran pimpinan parti politik saat ini adalah, setelah Anwar muncul semula ke parlimen, maka beliau akan mengajak seramai mungkin member of parliament (MP) BN untuk menyertai pakatan BA. Saat ini, BA sudahpun menguasai 82 kerusi berbanding BN yang mendapat 140 kerusi. Bermakna, daripada jumlah 222 kerusi parlimen, BA memerlukan 30 parlimen sahaja lagi untuk mendapatkan majoriti mudah (yang sangat-sangat mudah sebenarnya) untuk menafikan kuasa BN di Malaysia. BA 112 dan BN 110.
Sekarang ini, Anwar mungkin akan cuba mengajak MP dari Sabah dan Sarawak yang mana BN memiliki 55 kerusi di sana. Soal Anwar akan 'membeli' mereka dengan wang ringgit ataupun tawaran sebagai Menteri, itu saya kurang pasti. Anwar pernah melakukan perkara ini sewaktu berada di dalam BN suatu ketika dahulu. Jadi, tidak sukar untuk mengulanginya sekali lagi.
PBS di bawah teraju Pairin Kitingan, memiliki 13 kerusi di Sabah. MCA juga disebut mungkin akan bersama BA jika kena caranya. Terkini, MCA memiliki 15 kerusi parlimen. Dan, ahli parlimen UMNO sendiri ramai yang masih ingin Anwar memimpin negara ini dan mereka juga boleh sahaja menyeberang ke kem BA. Nama seperti Zahid Hamidi dan beberapa lagi ahli parlimen yang lain disebut-sebut akan menyertai pakatan BA.
Dalam kenyataan terbaru Anwar, perkara ini dijelaskan kepada wartawan;
"People have come and approached me," Anwar said, adding that he had spoken with "quite a number" and told them their support would not be bought.
"If you want to surrender at a price, then you have chosen the wrong party," he told reporters, adding that they would be welcomed "if they accept our agenda".
Anwar confirmed he was canvassing support from coalition lawmakers in East Malaysia, which represents a power bloc that could unseat the government if it changed hands.
Apa Risikonya?
Sekiranya Anwar mampu melakukan comeback dengan cara ini, maka BA akan memerintah dengan keadaan kerajaan yang terlalu fragile (rapuh) dan keadaan ini amat merbahaya. Maka, sudah pasti Anwar akan melakukan pilihanraya secepat mungkin bagi mendapatkan semula mandat daripada rakyat dengan lebih besar lagi. Ya, memang terasa letih mendengar pilihanraya yang akan diadakan dengan cepat ini, dan mungkin, ianya seawal tahun hadapan! Namun, jika itulah sahaja pilihan yang ada untuk menegakkan kerajaan yang adil dan saksama, maka mati pun sanggup kami tempuhi.
Risiko kedua adalah pengumuman yang bakal Pak Lah umumkan esok. Jika barisan kabinet barunya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) banyak menampilkan pimpinan BN dari Sabah dan Sarawak, maka peluang untuk Anwar mengajak mereka ke kem BA akan menjadi agak sukar pada perkiraan saya. Tetapi, jika bilangan mereka yang berada dalam kabinet agak kurang, maka lainlah pula peluang yang ada nantinya.
Risiko ketiga adalah kemungkinan Pak Lah meletakkan jawatan dan mengizinkan Najib pula untuk mengemudi BN dan kerajaan. Rakyat Malaysia khasnya orang Melayu agak gemar memberikan muka dan peluang kepada orang baru di dalam kepimpinan kerajaan. Mereka mungkin berkata, "Ah, Najib orang baru. Mungkin dia mampu untuk merubah keadaan negara yang teruk sekarang ini". Lihat sahaja sejarah Pak Lah sebagai 'orang baru' pada tahun 2004 dahulu yang mana rakyat memberikannya peluang sebelum semua merasa menyesal dan tertekan seperti saat ini.
Namun, saya kira Pak Lah tidak akan melepaskan jawatannya dengan mudah melainkan EGM UMNO yang sedang di'panggil' untuk dilaksanakan pada Mei ini oleh Ku Li berjaya menekan Pak Lah supaya turun demi menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional. Dan, jika Najib juga yang naik, maka rakyat masih melihat TPM ini dengan pandangan yang kotor kerana banyaknya skandal dan tuduhan yang sedang melilit batang tengkuknya hingga ke saat ini. Najib dan BN kekal tidak selamat dengan sepenuhnya.
Agenda Baru Untuk Malaysia
Apa pun, saya dan ramai lagi rakyat Malaysia amat-amat berharap agar gelombang rakyat fasa kedua akan berjaya untuk kita wujudkan pada bulan Mei nanti. Malaysia perlukan harapan baru. Malaysia perlukan pemimpin yang benar-benar mampu dan memiliki kapasiti yang sepatutnya sebagai PM.
Kempen Tak Nak BN yang telah berjaya kita war-warkan kepada rakyat harus diteruskan hingga berkuburnya rejim tua ini. Cukuplah tempoh 50 tahun yang kita berikan kepada mereka. Saya teringat satu analogi mudah yang pernah sahabat saya sebutkan mengenai tempoh busuk pemerintahan BN ini. " Bayangkan sedara, kita telah mengunjungi klinik dan doktor yang sama semenjak 50 tahun yang lepas. Akan tetapi tidak ada satu pun permasalahan dan penyakit kita yang mampu klinik itu rawat dan ubatkan. Malahan doktor itu juga berpenyakit lebih serius dan kritikal berbanding kita. Maka sudah tiba masanya untuk kita berubah kepada klinik yang lainnya".
Begitulah juga dalam tempoh 50 tahun ini saudara. BN telah gagal mentadbir dan menguruskan negara agar ianya selesa untuk didiami oleh semua rakyat dengan udara keadilan dan keamanan. Maka, sekarang adalah masa yang paling ideal untuk kita berubah. Tukarlah kerajaan yang lemah sekarang ini dengan kerajaan yang kuat, memiliki daya kepimpinan dan bakal membawa keadilan dan keamanan kepada semua rakyat Malaysia, InsyaAllah.
http://hanfeitsu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment