14 March 2008

Terkini : BA Perak Hampir Menemui Penyelesaian

PKR dapat tambahan exco di Perak

Selepas kecewa dan mengancam keluar daripada kerajaan campuran Perak, PKR malam tadi mendapat tiga jawatan exco daripada satu yang diagihkan kepadanya semalam.

Sementara DAP pula mendapat enam exco, kurang dua daripada peruntukan awal, dan PAS kekal satu - selain jawatan Menteri Besar.
Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat ketua-ketua parti itu malam tadi.

Malaysiakini difahamkan, tokoh DAP Lim Kit Siang dan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut terlibat secara tidak langsung dengan keputusan itu.

Perak mempunyai 59 kerusi DUN, pembangkang merebut 31 kerusi dengan meninggalkan BN 28 kerusi sahaja.

DAP menang di 18 kerusi, PKR (tujuh) dan PAS (enam).

PKR juga mendapat satu peruntukan untuk jawatan Senator.

- Malaysiakini

Muafakat Perak Dicapai: 6-3-1, KeADILan: 1 Timbalan MB, 1 Senator

Kuala Lumpur, 14 Mac - Timbalan Presiden KeADILan Dr. Syed Husin hari ini mengesahkan bahawa muafakat telah dicapai berkenaan pembentukkan kerajaan negeri Perak.

Hasil muafakat tersebut adalah Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS akan menjadi Menteri Besar, Ngeh Koo Ham dari DAP akan menjadi Timbalan Menteri Besar Pertama dan jawatan Timbalan Menteri Besar Kedua akan diperuntukkan kepada KeADILan.

Untuk kerusi Exco pula, 6 kerusi akan diperuntukkan untuk DAP, 3 untuk KeADILan dan 1 untuk Pas. Selain itu, satu daripada dua senator yang akan dilantik oleh Perak ke Dewan Negara akan dipilih oleh KeADILan.

- http://www.suarakeadilan.com

No comments:

Post a Comment