14 March 2008

Shahidan Kecundang, MB Perlis Isa Sabu ?

Shahidan Kassim bersama kira-kira 100 penyokong berkumpul depan masjid Putrajaya selepas solat Jumaat tengah hari tadi sebagai menunjukkan rasa tidak puas hatinya apabila diketepikan dari menjadi MB Perlis.

Katanya, seseorang yang dilantik MB Perlis sekarang "tidak mendapat mandat" kerana beliau, sebagai pengerusi BN, mempunyai mandat tersebut.

Raja Perlis dilaporkan telah melantik Mat Isa hari ini berkuatkuasa serta-merta dan sekali gus menamatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Beberapa hari lepas nama Isa, seorang tokoh lama Umno Perlis, disebut-sebut sebagai menggantikan Shahidan.Setakat ini tidak dapat dipastikan reaksi penyokong-penyokong Shahidan selepas mendapat tahu pemimpin mereka itu, yang juga ketua bahagian Arau, disingkirkan.

Shahidan semalam masih berkata beliau akan ke istana tengah hari ini untuk mendapatkan watikah pelantikan setelah pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju menyambung khidmatnya. Adun Tambun Tulang itu malah memberi kata dua kepada pemimpin dan ahli yang membantah keputusan tersebut - mereka boleh dikenakan tindakan disiplin atau keluar daripada Umno.

"Ini keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi), mereka mesti menyokong keputusan presiden parti (Umno)," kata Shahidan dalam sidang media di ibu negara malam tadi selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa BN Perlis yang turut dihadiri oleh ketua MCA dan MIC negeri.

- http://pemudabukitkatil.blogspot.com


Shahidan akan lawan, kata orang kanan bekas MB Perlis

Portal berita Agendadaily.com memetik kenyataan salah seorang orang kanan Shahidan berkata, ketuanya itu kini berada di Jabatan Perdana Menteri dalam usaha untuk menemui Datuk Seri Abdulah Badawi bagi menangani kemelut terbaru ini.

Shahidan dilaporkan menentang tindak tanduk yang melanggar keputusan parti yang telah memilih beliau mengetahui kerajaan Perlis.

Dugaan bahawa segalanya selesai setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mendapat watikah lantikan sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri awal Selasa malam nyata meleset.Sebaliknya Raja Perlis terus berkeras tidak mahu menerima Sahidan.

Hari ini baginda melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan BIntong,Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar.Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini. Dr Md Isa diketahui umum adalah orang Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

- http://pekanawah.wordpress.com

ADUN Bintong MB Perlis yang baru

KUALA LUMPUR 14 Mac — Raja Perlis telah berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri Kawasan Bintong, Datuk Dr. Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim, Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis Mohd Adib Zakaria mengumumkan dalam satu kenyataan di sini hari ini.

- Bernama

Shahidan gagal, Isa jadi MB Perlis

Datuk Seri Shahidan Kassim gagal mengekalkan jawatan Menteri Besar Perlis, keputusan mengejut yang sama sekali berbeza daripada dakwaannya malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bintong, Datuk Mat Isa Sabu menggantikan Shahidan yang memegang jawatan itu sejak 1995.

- Malaysiakini

Shahidan dahului Raja Perlis

"Keputusan pelantikan jawatan Menteri Besar adalah keputusan Perdana Menteri dan sekiranya ada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada Barisan Nasional (BN) yang tidak bersetuju mengenainya, mereka perlu keluar daripada BN,". Ini lah yang dikatakan oleh Shahidan Kassim pada sidang media di Kuala Lumpur malam tadi.
Katanya lagi: “Mereka bertanding dalam pilihan raya atas tiket BN, bukan tiket individu.

BN akan bertegas... jika tidak, Menteri Besar akan tukar tiap-tiap bulan".
Beliau mengakui ada mendengar cakap-cakap di kalangan wakil rakyat BN di negeri itu yang tidak berpuas hati dengan pelantikannya sebagai Menteri Besar.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu lalu, Shahidan yang mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang, menewaskan calon Pas, Che Nordin Che Ahmad, dengan memperoleh majoriti 2,010 undi.

Shahidan mengesahkan menerima watikah pelantikan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Menteri Besar Perlis.
Beliau yang menjadi Menteri Besar negeri itu sejak 1995, menerima watikah berkenaan Selasa lalu dan akan menghadap Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail di Istana Siraj, di sini, jam 12 tengah hari ini, untuk memaklumkan perkara itu serta cadangan nama barisan Ahli Majlis Kerajaan Negeri
(Exco).

BAGAIMANAPUN, Difahamkan, bahawa Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail mempunyai kuasa untuk menerima watikah itu atau tidak.
Watikah itu, sebenarnya adalah SURAT PERSETUJUAN oleh PM mengenai jawatan MB, bukan lesen Shahidan diterima menjadi Menteri Besar. Perdana Menteri Malaysia tidak mempunyai kuasa melantik Menteri Besar Perlis, tetapi hanya boleh mencadangkan. Yang melantik Menteri Besar Perlis ialah Raja Perlis.

Dalam hal ini, Shahidan sudah mengetahui bahawa dia bukan calon kegemaran Istana Perlis dan sebab itu dia cepat-cepat bertemu Pak Lah untuk mendapat restu dan bantuan.

- http://hard-t.blogspot.com

Dr Md Isa Sabu MB Perlis ganti Shahidan Kassim

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan undi Bintong, Perlis telah mendapat perkenan Raja Perlis untuk menerajui Kerajaan Negeri selaku Menteri Besar.

Perlantikan Dr Md Isa Sabu tidak memeranjatkan berikutan mantan MB Shahidan Kassim tidak mendapat perkenan Istana.

Ada pihak yang meramalkan bahawa politik Perlis yang hanya mempunyai tiga bahagian UMNO itu akan berkocak, bergelora dan lebih bercelaru.

Kepada orang UMNO dan penyokong Shahidan Kassim, terimalah keputusan yang dibuat itu dan sebagai umat Islam, tak kiralah sama ada pengikut Wahhabi atau tidak, terimalah takdir.

- http://kudaranggi.blogspot.com

Kenyataan yang Berbeza Sebelum ini



Raja Perlis Lantik ADUN Bintong, Md Isa Sabu Sebagai Menteri Besar

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan melantik Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bintong Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar Perlis yang baru menggantikan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Setiausaha Sulit kepada Raja Perlis, Moh Adib Zakaria dalam kenyataan yang diedarkan kepada wartawan yang berkumpul di hadapan Istana Siraj di sini kira-kira 2.40 petang, berkata pelantikan itu adalah menurut Perlembagaan Negeri, Artikel 39 (2) Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis.

Peruntukan itu menyebut Raja hendaklah melantik seorang yang pada fikirannnya mendapat kepercayaan ramai ahli menjadi Menteri Besar bagi mengetuai majlis kerajaan negeri.

"Berdasarkan kepada peruntukan ini dan setelah berpuas hati dengan kemampuannya untuk mendapat sokongan majoriti dari Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku telah berkenan melantik Datuk Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri besar Perlis berkuatkuasa 14 Mac 2008," katanya.

Dr Md Isa adalah bekas Exco kerajaan Perlis sehingga 2004 kerana pilihan raya umum 2004, beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding namun setelah sepenggal berehat, beliau dicalonkan semula bagi kerusi DUN Bintong pada pilihan raya Sabtu lepas.

Pada pilihan raya itu, Dr Md Isa mengalahkan calon PAS Mohd Anuar Mohd Tahir dengan majoriti 2,110 undi. Dr Md Isa mendapat 4,882 undi manakala Mohd Anuar 2,772 undi.

Terdahulu Shahidan dilihat memasuki Istana Siraj kira-kira 11.40 pagi untuk mengadap Raja Perlis dan keluar sejam selepas itu.

Ketika ditemui pemberita sejurus keluar dari perkarangan istana, Shahidan berkata pelantikan beliau sebagai Menteri Besar masih belum diputuskan walaupun telah menerima surat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Selasa lepas untuk menerajui semula negeri Indera Kayangan itu.

"Sekarang ini muktamad daripada Perdana Menteri (jawatan Menteri Besar)... sayalah. Raja ada kuasa untuk menentukan lantik sesiapa," katanya.

Shahidan yang tergesa-gesa meninggalkan perkarangan istana untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Putrajaya, berkata beliau akan menemui Perdana Menteri untuk perbincangan selanjutnya.

Ditanya mengenai kemungkinan wujud campur tangan daripada pihak tertentu, Shahidan berkata," Mungkin. Orang itulah. Memang ada orang campur tangan. Ini banyak melibatkan cerita-cerita munafik dan perjanjian yang dilanggari."

Turut kelihatan sebuah kereta Proton Perdana berwarna kelabu memasuki perkarangan Istana Siraj pada pukul 11.50 pagi yang mendakwa sebagai wakil Anggota Parlimen Kangar Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Hadir sama pada pertemuan itu adinda Raja Perlis Datuk Seri Syed Razlan Putra Jamalullail yang juga ADUN Pauh, yang tiba pada pukul 12.50 tengah hari dan keluar 15 minit selepas itu, diikuti dengan kereta yang membawa wakil Radzi.

Semalam ,Shahidan mengakui ada pihak yang kurang bersetuju dengan pelantikan dirinya sebagai Menteri Besar Perlis dan telah bertemu dengan Abdullah untuk memohon agar beliau tidak diberikan jawatan itu.

Shahidan juga berkata pihak dari dalam kelompok Umno Perlis itu yang sebelum ini telah bersetuju menyokongnya tetapi kini menentang.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment