20 March 2008

Sial Penyapu, Khir Toyo Mengikut Jejak Radzi

Khir Toyo letak jawatan Ketua Perhubungan Negeri UMNO dan Barisan Nasional

Akhirnya - biarlah apa yang dikatakan oleh laman-laman pro Khir Toyo sebelum ini mengenai www.umno-reform.com setelah mengkritik bekas MB Selangor ini bertalu-lalu - nyata rakyat Selangor mungkin bersependapat dengan kami dengan menolak Khir Toyo. UMNO tumbang di Selangor kerana tindakan-tindakan sombong dan bongkak khususnya dalam mengendali isu-isu peneroka kota.

Hari ini - www.malaysiakini.com memaklumkan bahawa Khir Toyo melepaskan jawatan sebagai pengemudi UMNO Selangor. Ini kata Khir Toyo dilakukan sebagai rasa tanggungjawab beliau terhadap kekalahan beliau di Selangor. Apa pun ini memberi dua pengajaran kepada Khir Toyo dan kepimpinan lain - dengar dan anggaplah pengkritik itu sahabat dan mereka yang berhempas pulas membodek dan mengampu adalah mereka yang melalaikan dan akhirnya merugikan. Bagi kerajaan PRK yang baru memerintah Selangor - jangan lakukan kesilapan seperti mana yang dilakukan oleh UMNO di bawah Khir Toyo, melihat rakyat dari kaca mata dirinya tanpa mahu mengambil tahu apa sebenarnya kehendak rakyat. Kepimpinan PKR pula, jangan naik untuk menjadi tuan kepada rakyat seperti mana perlakuan Khir dan jangan terlampau asyik dengan pujian dan mengambil kritikan sebagai musuh. Namun dalam meneliti reformasi dalam UMNO khususnya Selangor - mungkinkah sebenarnya ~TIADA~ dengan kemungkinan perlantikan Tan Sri Muhd Taib?

http://www.umno-reform.com

Khir Toyo pula letak jawatan

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo melepaskan jawatannya sebagai ketua badan perhubungan Umno dan BN negeri - peletakan jawatan pemimpin kanan kedua dalam sehari selepas Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad melepaskan setiausaha agung Umno dan BN pagi tadi.

Sewaktu mengumumkan perkara itu, Mohd Khir berkata beliau mengambil keputusan itu sebagai memikul tanggungjawab atas ketewasan besar-besaran calon Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.

More at http://malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment