20 March 2008

Sial Penyapu, Khir Toyo Ikut Jejak Radzi Lepas Jawatan

Khir Toyo letak jawatan pengerusi Umno Selangor

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijangka mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor pada mesyuarat Umno negeri Rabu malam.

Bekas Menteri Besar Selangor itu ketika dihubungi melalui telefon mengesahkan perkara itu, tetapi enggan mengulas lanjut kerana pengumuman rasmi mengenai perletakan jawatannya itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat berkenaan.

Seorang bekas pegawai Dr Khir ketika ditanya mengenai perkembangan itu berkata:

"Ini memang satu kemungkinan besar, lebih-lebih lagi tiga daripada calon Umno negeri kini menganggotai Kabinet.

"Ada kemungkinan Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib akan dipilih menggantikan Dr Khir kerana beliau kini Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah."

Selain Muhammad yang pernah menyandang jawatan itu ketika menjadi Menteri Besar Selangor dahulu, dua lagi nama yang disebut-sebut mungkin menggantikan Dr Khir ialah ahli Parlimen Sepang Datuk Mohamad Zin Mohamed yang kini Menteri Kerjaraya dan ahli Parlimen Tanjung Karang Datuk Noh Omar yang kini Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Pada pilihan raya Umum 8 Mac lalu, Selangor yang selama ini dilihat antara kubu kuat Barisan Nasional, jatuh ke tangan parti-parti gabungan PKR, DAP dan PAS apabila hanya berjaya mengekalkan 26 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

http://www.mstar.com.my

No comments:

Post a Comment