31 March 2008

Seorang Sufiah

Aku tidak boleh tidur. Sangat terganggu.

Entah kenapa berita terkini tentang Sufiah Farooq Yusof sangat menghantui saya. Ya, Sufiah, dulunya seorang kanak-kanak genius yang melanjutkan pelajarannya ke Oxford pada usia 13 tahun.

Kanak-kanak 'genius' memang wujud di dunia ini. Namun sayang, dalam ramai jenis kanak-kanak ini, sangat jarang kita mendengar yang baik-baik tentang mereka pada saat dewasa. Mungkin 'genius' mereka itu dinisbahkan pada faktor usia dan kemampuan kognitif saat mereka kanak-kanak, dan kemampuan afektif serta psiko-motor, malah spiritual mungkin tidak masuk dalam perhitungan.

Seorang Sufiah, mungkin telah jadi mangsa keadaan. Walaupun seorang berkecenderungan liberal seperti aku percaya kepada individualisme, aku juga percaya kepada peranan dakwah.

Entah kenapa...peristiwa seorang Sufiah ini sangat pedih untuk aku terima. Ya, mungkin kerana dia seorang Sufiah...sedangkan ramai lagi mereka yang sepertinya dan aku juga mahu merasa pedih untuk itu.

Sufiah;
Semoga Allah s.w.t. selamatkan engkau;
Jujurnya..aku sangat sedih dengan berita yang baru ku terima;
Dalam kalut pergolakan engkau menghadapi zaman dewasa;
Engkau bukanlah yang aku harap akan tewas;

Sufiah;
Waktu engkau 'dipaksakan' menjadi seorang genius;
Entah apa tafsir umat tentang rahsia Tuhan pada dirimu;
Entah apa pula rasamu tentang cakap-cakap rahsia Tuhan pada dirimu;
Apakah manusia lebih mengerti?

Sufiah;
Semoga kau lekas insaf;
Kerana kasih sayang Allah s.w.t. itu melebihi dari apa yang kita sangkakan;
Kembalilah pada tingkat kemuliaanmu;
Aku akan selalu merindui itu dengan doa untukmu.

0130 - pagi yang menangis,

Amin Ahmad
31 Mac 2008
Bukit Serdang

http://becok.blogspot.com

No comments:

Post a Comment