31 March 2008

MalaysiaKini - Nasib Seorang Gadis yang Bijak

MalaysiaKini Gadis pintar matematik jadi pelacur

Gadis pintar matematik ini pernah menjadi tajuk utama berita media tempatan sedekad lalu tetapi kini Sufiah Yusof patah hati dan menjual tubuhnya demi sesuap nasi.

Pada usia 12 tahun, Sufiah yang beribukan wanita kelahiran Johor menjadi isu di Malaysia apabila cuba mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajar di Universiti Oxford.

Disember 1997, gadis pintar ini berada di Oxford selama lima hari untuk temuduga memasuki Kolej St. Hilda's, Oxford.

Kali terakhir minat masyarakat Malaysia terhadap Sufiah muncul apabila gadis manis ini, waktu itu usianya 15 tahun, hilang dari Universiti Oxford, tempat dia menjadi pelajar matematik tahun tiga, pada tahun 2000.

Sufiah hilang selepas selesai mengambil peperiksaan akhirnya pada 21 Jun di Kolej St Hilda.

Anak ketiga pasangan Farooq Yusuf dan Halimaton Yusuf dua minggu kemudian ditemui di sebuah kafe siber dan enggan kembali ke rumah ibu bapanya.

Semalam, akhbar News of the World mendedahkan nasib Sufiah, 24, yang melacurkan diri melalui internet selepas siri-siri kekecewaan hidup yang bertubi-tubi menimpanya, termasuk gagal dalam perkahwinan sewaktu berusia 20 tahun.

Laman web akhbar itu melaporkan, seorang penyiasatnya berjaya ke pangsapuri wanita manis ini dengan berpura-pura melanggannya dengan bayaran 130 pound (RM829) sejam.

Rencana bertajuk 'Genius on the Game' memuatkan beberapa foto wanita muda itu tanpa berpakaian yang dirakam oleh penyiasat tersebut.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment