08 March 2008

Seorang pengundi mengaku memiliki 28 kad pengenalan

TANAH MERAH, 8 Mac (Hrkh) – Mengejutkan. Telahan pembangkang penggunaan kad pengenalan klon benar-benar menjadi kenyataan hari ini apabila seorang pengundi memiliki 28 kad pengenalan.

Kes itu ditemui di Gual Ipoh apabila orang berkenaan datang menyerah diri kepada petugas PAS di kawasan tersebut malam tadi.

Setiausaha PAS Tanah Merah, Wan Yusof Wan Mustafa berkata, orang berkenaan yang berasal dari Bukit Panau Tanah Merah menunjukkan 28 kad pengenalan yang tertera namanya.

“Orang itu datang menyerah diri dan mengaku diberi kad pengenalan begitu banyak bagi mencapai misi Barisan Nasional (BN) menawan Kelantan pada pilihan raya kali ini.

“Orang terbabit datang membuat pengakuan kepada peguam kita dan tindakan selanjut akan diambil,” katannya di sini.

Beliau yang juga calon PAS Dun Gual Ipoh turut melahirkan rasa hairan rumah-rumah penginapan dan asrama sekolah di sekitar Tanah Merah menjadi tempat penginapan pengundi yang tidak dikenali.

Menurutnya tempat pengundi tidak dikenali itu menginap antaranya chalet di Lata Hujan milik seorang pemimpin Umno dan Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah.

Katanya, kawasan itu dikawal ketat ketat oleh pengawal keselamatan syarikat swasta yang diupah orang tertentu dipercayai Umno.

“Malah apabila orang kita cuba mendekati tempat tersebut mereka mengugut akan menembak. Keadaan ini secara jelas menggambarkan BN sudah benar-benar terdesak sehingga terpaksa menggunakan kaedah kotor.

“Telahan banyak pihak di mana Suruhanjaya Pilihan Raya membatalkan penggunaan dakwah secara jelas bagi mencapai misi mereka menawan Kelantan,” katanya.

Kata beliau keadaan itu cukup meragukan kerana penduduk tempatan yang dibawa pulang tidak menginap di rumah masing-masing dan sebaliknya dihimpunkan di asrama dan chalet.

Menurutnya secara jelas apa yang berlaku sekarang Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat menerima kebangkitan rakyat sehingga mahu menang dengan taktik kotor.

- http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment