19 March 2008

Rafidah Gugur, Rafidah Undur

RAFIDAH LETAK JAWATAN KETUA WANITA?

KL:Pengumuman jemaah menteri oleh Perdana Menteri hari Selasa yang tidak menyenaraikan wakil Wanita UMNO menyaksikan pergerakan itu mengadakan mesyuarat exco tergemparnya hari ini yang difahamkan bersetuju untuk membuat rayuan berhubung kedudukan wakil wanita di dalam kabinet.

Selain itu, salah seorang exco wanita yang ditemui selepas mesyuarat exco pergerakan itu berkata, Ketuanya, Datuk Seri Rafidah Aziz turut menyatakan kemungkinan beliau akan meletakkan jawatan sebagai ketua pergerakan itu.

Rafidah yang mempengerusikan mesyuarat tersebut di ibu pejabat Wanita UMNO di Menara Dato' Onn Kuala Lumpur bagaimanapun mengelakkan diri daripada ditemui wartawan.

Difahamkan juga sekumpulan exco dan ahli-ahli wanita UMNO telah pergi ke Putrajaya dalam usaha untuk menemui Perdana Menteri bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka berhubung dengan ketiadaan wakil Wanita UMNO di dalam kabinet.

http://jasindaily.blogspot.com


Rafidah, Radzi gugur, Khairy tiada

Dalam barisan kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri tadi, enam menteri digugurkan termasuk Datuk Seri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Rafidah dan Tengku Adnan, yang dilanda kontroversi, masing-masing memegang portfolio Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Pelancongan.

Dua tokoh dari Perlis, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Hal Ehwal Dalam Negeri) dan Datuk Azmi Khalid (Sumber Asli dan Alam Sekitar) turut digugurkan. Datuk Jamaluddin Jarjis (Sains, Teknologi dan Inovasi) tidak dilantik semula.

Datuk Fong Chan Onn (Sumber Manusia) digugurkan.

More --> http://malaysiakini.com

50 wanita Umno berhimpun di rumah PM malam tadi, kecewa gagal jumpa PM

KITA-KIRA 50 ahli Wanita Umno berhimpun di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya malam ini, dipercayai tidak berpuas hati dengan pengguguran ketua mereka Datuk Seri Rafidah Aziz dan jumlah kecil wakil pergerakan itu dalam kabinet baru.

Barisan anggota kabinetnya yang diumumkan Abdullah hari ini menyaksikan hanya seorang wakil Wanita Umno – Datuk Azalina Othman – dilantik sebagai menteri penuh.

Sebelum ini, pergerakan itu diberikan tiga jawatan menteri.

Tetapi kali ini, selain Shahrizat, Rafidah yang berjaya mempertahankan kerusinya di Kuala Kangsar tidak dilantik semua menganggotai kabinet.

Malaysiakini difahamkan, kumpulan Wanita Umno itu mula berhimpun kira-kira jam 8 malam dan dipercayai mahu menemui perdana menteri.

Bagaimanapun, mereka beredar 10 minit kemudiannya selepas tidak dapat menemui Abdullah.

http://klpos.com

No comments:

Post a Comment