KUALA LUMPUR, 19 Mac (Hrkh) - Lima Ahli Parlimen Umno, termasuk seorang menteri dan tiga timbalan menteri, sedang �memberontak kerana tidak puas hati dengan perlantikan kabinet baru oleh Perdana Menteri yang dituntut berundur, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Parlimen Malaysia (BBC), Datuj Ruhanie Ahmad menyatakan, dua daripada Ahli Parlimen berkenaan dipercayai akan menolak perlantikan mereka yang diumumkan oleh Abdullah pada semalam.
Bagaimanapun, kata Ruhanie dalam blognya kuda-kepang.blogspot.com, dua Ahli Parlimen itu tidak akan mengosongkan kerusi parlimen mereka yang dimenangi dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Bagaimanapun, katanya lagi, dua orang lagi bukan sahaja dijangka menolak perlantikan malah mungkin juga mengosongkan kerusi parlimen masing-masing.
Seorang daripada mereka pula dikatakan akan memutuskan selepas satu sidang akhbar di PWTC hari ini, sama ada akan mengosongkan kerusi parlimen yang dimenanginya baru-baru ini dan juga melepaskan jawatannya di dalam UMNO Malaysia, kata Ruhanie.
Menurut beliau, kesemua Ahli Parlimen yang �memberontak ini dikatakan menuding jari kepada Ahli Parlimen Rembau yang tidak dipercayai kemenangannya, Khairy Jamaluddin sebagai individu yang telah memanipulasikan senarai perlantikan kabinet yang diumumkan oleh Abdullah.
Mereka menyifatkan sebilangan besar muka-muka baru yang dilantik ke jawatan menteri penuh dipercayai adalah kroni-kroni menantu Perdana Menteri itu, kata Ruhanie lagi.
Beliau juga mengemukakan beberapa persoalan berkaitan kabinet baru itu.
"Adakah kabinet Abdullah kali ini merupakan kabinet yang diramalkan oleh buku The Toyol Code tulisan saya?
"Mungkinkah pemberontakan ini akan diikuti oleh lebih ramai lagi Ahli Parlimen Umno?
"Mungkinkah Ahli Parlimen Umno yang �memberontak tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing, tetapi terus melompat ke pihak parti pembangkang?
"Dan, jika berlaku �exodus� Ahli Parlimen UMNO ke pihak pembangkang, mungkinkah tidak lama lagi pihak pembangkang pula yang akan menubuhkan kerajaan di peringkat pusat?"
http://www.harakahdaily.net
No comments:
Post a Comment