UMNO Pulau Pinang, Selangor kutuk Mukhriz
PULAU PINANG 15 Mac – UMNO Pulau Pinang hari ini mengutuk tindakan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan mahukan beliau dipecat kerana mendesak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan Mukhriz itu amat tidak wajar dan memaparkan pendirian pemimpin itu yang tidak tetap dan mahu Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memecatnya.
Azhar berkata, Mukhriz telah mengeluarkan kenyataan berbeza semasa sidang akhbar di Butterworth dengan menyokong kepimpinan Perdana Menteri sebelum menghantar surat meminta Abdullah bertanggungjawab ke atas keputusan pilihan raya umum 8 Mac lalu dan menggesa nya meletakkan jawatan.
Di SHAH ALAM, Pemuda UMNO Selangor menyifatkan tindakan Muhkriz sebagai perbuatan biadap dan menyerahkan kepada Hishammuddin untuk membuat keputusan.
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Abdul Shukur Idrus menganggap tindakan Mukhriz itu dibuat sendiri tanpa mewakili mana-mana pimpinan Pemuda.- Utusan
- http://www.utusan.com.my
No comments:
Post a Comment