16 March 2008

Abdullah Akan Menemui Raja Perlis, Nasib Shahidan Kabur

Abdullah janji selesaikan kemelut MB Perlis

PUTRAJAYA 15 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Perlis yang baru secepat mungkin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Beseri, Mat Rawi Kassim berkata, Perdana Menteri akan mengadakan perbincangan dengan Istana Perlis berhubung perkara itu.

Sehubungan itu, katanya Abdullah, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), telah meminta mereka balik dan melaksanakan tugas seperti biasa sebagai wakil rakyat.

“Saya jumpa Perdana Menteri dan tiada keputusan (siapa Menteri Besar). Pak Lah minta kami balik dan buat kerja seperti biasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Pertemuan selama kira-kira 45 minit atas jemputan Abdullah turut disertai sembilan ADUN Perlis yang lain termasuk ADUN Bintong, Datuk Dr. Md. Isa Sabu yang diperkenankan Raja Perlis sebagai Menteri Besar yang baru, semalam.

- http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment