BUTTERWORTH, 10 Mac (Hrkh) - Tepat jam 3.00 petang hari ini di Hotel Sunway, Seberang Jaya satu sidang akhbar berhubung bantahan perlantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri akan diadakan.
Bantahan itu dipercayai diterajui oleh Ahli Parlimen Jerlun, Dato' Mukhriz Mahathir yang cuba menyelamatkan kedudukan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang berada ditahap lemah.
Menurut maklumat ia adalah himpunan Pemuda BN negeri sebelah utara yang menerima tamparan hebat apabila gagal mempertahankan negeri yang sudah lama menjadi milik BN sejak dulu.
Antara negeri yang terlibat ialah Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Ketiga-tiga negeri ditawan oleh Barisan Alternatif (BA) di mana Perak dan Pulau Pinang dikuasai oleh DAP manakala Kedah PAS.
Selepas menerima keputusan yang mengejutkan dalam pilihanraya umum Sabtu lalu, Dato' Mukhriz bersuara agar Perdana Menteri ditukar kerana gagal mengawasi lima negeri sehingga jatuh ketangan pembangkang.
Semalam ribuan masyarakat BN berhimpun di kediamanya di Kuala Lumpur untuk memberikan semangat dan sokongan agar terus menjadi Perdana Menteri untuk penggal ke dua.
Pagi tadi dilaporkan Perdana Menteri mengangkat sumpah di hadapan Duli Yang Maha Seri Paduka Baginda Yang DiPertua Agung, Sultan Mizan Zainol Abidin dan isteri di Istana Negara.
- http://www.harakahdaily.net
* Malaysiakini semalam melaporkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah menyimpan rahsia sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dua hari selepas Barisan Nasional kembali berkuasa setelah memenangi pilihanraya umum Sabtu lalu.
No comments:
Post a Comment