Walaupun keputusan piliha raya ke-12 telah berakhir dan keputusan telah pun diumumkan, Datuk Hishamuddin masih cuba mempertikaikan kemenangan Barisan Rakyat. Malaysiakini melaporkan bahawa kemenangan pembangkang merampas lima negeri Sabtu lalu sebagai satu 'misteri'. Katanya, ia kerana Barisan Nasional (BN) "sangat kuat dan mantap di semua negeri".
Oleh itu, katanya, tidak munasabah empat negeri - Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Selangor - boleh jatuh ke tangan pembangkang.
"Jadi saya keliru bagaimana pembangkang menang di negeri-negeri tersebut," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno dan BN di ibunegara hari ini.
No comments:
Post a Comment