Bursa Malaysia menggantung urusniaga saham selama sejam ekoran kejatuhan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) yang mencecah had 10 peratus.
Urusniaga tersebut digantung pada jam 2.58 petang selepas KLCI jatuh 130 mata atau pada had 10 peratus kepada 1,166.32.
Urusniaga disambung semula pada jam 3.58 petang dan keadaan pasaran pulih sedikit.
Ia ditutup pada jam 5 petang tadi dengan 1,117.2 mata - merosot 123.11 atau 9.5 peratus.
Ini merupakan peratusan kerugian terbesar dalam satu sehari dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Urusniaga bernilai RM2.47 billion.
Syarikat milik kerajaan seperti Bumiputra-Commerce Holdings Bhd dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) seperti Malaysian Resources Corp, UEM World Bhd dan Sime Darby adalah antara kaunter yang mencatatkan kejatuhan harga.
Kenyataan bursa
Sementara itu, Bursa Malaysia, dalam satu pengumum di lamanwebnya memberi jaminan bahawa keadaan itu tidak menjejaskan integriti pasaran.
Katanya, ia merupakan langkah sementara untuk mengekalkan kestabilan pasaran dan menyediakan peluang kepada peserta pasaran untuk menilai maklumat-maklumat baru sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pelaburan.
Menurutnya, sistem circuit breaker' itu yang diperkenalkan pada Mac 2002, akan diaktifkan secara automatik apabila rekod KLCE merosot 10 peratus daripada paras ditutup pada hari sebelumnya.
Pada hari, katanya, ia diaktifkan pada apabila KLCI jatuh kepada 130.01 mata, atau 10 peratus daripada paras 1,296.33 mata ditutup semalam.
Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Bursa Malaysia akan terus memantau rapat keadaan hari ini.
Bagaimanapun dilaporkan bahawa kemorosotan KLCI itu ada kaitan dengan keadaan politik negara ekoran keputusan pilihanraya umum Sabtu lalu di mana kerajaan Barisan Nasional gagal mendapat majoriti dua pertiga.
Ekoran itu, KLCI merosot apabila ramail pelabur asing dipercayai mula menjual saham syarikat yang berkaitan dengan kerajaan (GLC) .
- malaysiakini.com
No comments:
Post a Comment