15 March 2008

Khalid mahu dengar taklimat SUK

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau mahu mendengar taklimat daripada pegawai kewangan negeri serta setiausaha kerajaan negeri (SUK), Datuk Ramli Mahmud mengenai kedudukan ekonomi negeri itu.

“Saya akan menemui pegawai kewangan negeri serta SUK bagi memberi taklimat kepada saya mengenai status negeri... tunjukkan saya pelbagai perubahan dan pergerakan aset dari tempoh Januari hingga sekarang,” katanya.

Langkah itu bertujuan mengelak sebarang tanggapan salah terhadap aktiviti-aktiviti negeri,” katanya kepada pemberita selepas menemui pegawai dan kakitangan kerajaan negeri di sini hari ini.

Abdul Khalid yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar semalam, berkata gabungan kerajaan baru mahu memastikan status semasa negeri sebelum ia dapat membuat perancangan baru.

“Oleh itu, saya berharap tiada lagi cerita-cerita pasal fail sana, sini, susah saya nak buat kerja, kita tahu kita ada kumpulan profesional di sini, mereka akan buat kajian,” katanya.

- http://www.hmetro.com.my

No comments:

Post a Comment