DALAM satu langkah drastik yang realistik, Barisan Rakyat yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP di lima negeri termasuk Kelantan akan memulakan langkah menerbitkan akhbar mereka sendiri. Tindakan itu dipercayai sebagai tindak balas terhadap laporan tidak seimbang oleh media tempatan terhadap Barisan Rakyat.
Naib Presiden kanan PKR, Azmin Ali memberitahu KLpos.com bahawa langkah memulakan penerbitan sendiri tersebut sudah dibincangkan pemimpin utama ke tiga-tiga parti yang menguasai lima negeri.
"Insyallah pelan tindakan akan dimulakan serta-merta bahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri sudah mengumumkan perkara ini dalam pertemuan bersama ADUN dan Ahli Parlimen parti baru-baru ini," katanya.
Menurut beliau, pembiayaan untuk media terbabit akan diambil dari peruntukan khas untuk penerbitan dari setiap kerajaan negeri.
"Dana tersebut akan digabungkan dan digunakan untuk mewujudkan media kita sendiri tanpa bergantung kepada media massa sedia ada," katanya.
Menjawab soalan mengenai permit pencetakan yang disyaratkan untuk menerbitkan akhbar di Malaysia, kata Azmin, "Ini akhbar gabungan kerajaan negeri, bukan swasta, jadi tiada sebab permitnya hendak ditolak, dan memang setiap kerajaan negeri mempunyai penerbitan mereka sendiri,".
Tambah Azmin lagi, akhbar terbabit akan dijual di pasaran terbuka dan merupakan sumber pendapatan tambahan kepada setiap kerajaan negeri.
Sementara itu, sumber KLpos yang enggan dinamakan memberitahu, seorang bekas ketua pengarang akhbar arus perdana diberikan tanggungjawab oleh Anwar Ibrahim merealisasikan perkara tersebut.
"Beliau akan mewujudkan memulakan kerja terbabit secepat mungkin," kata sumber itu.
"Mungkin diperingkat awal kita mulakan di Selangor dulu," tambahnya.
Kewujudan akhbar terbabit, yang dipercayai akan turut disertakan dengan laman web dan unit web TV, dijangka akan menyebabkan hagemoni maklumat yang selama ini dimonopoli oleh media arus perdana berakhir.
- http://klpos.com
No comments:
Post a Comment