12 March 2008

Idris Jusoh Bukan Menteri Besar ?



Idris malas layan isu tidak dilantik MB

Pengerusi BN Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh hari ini jelas berasa tidak senang untuk mengulas isu pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar.

Idris, yang kelihatan terganggu apabila terus ditanya persoalan tersebut, terus menjawab "(awak) faham ke tak? Saya kata (pelantikan MB) itu atas istana (tentukan). Saya tidak perlu jawab soalan tersebut." - Malaysiakini

Menurut Bernama, sebelum itu Idris diminta mengulas spekulasi bahawa beliau mungkin tidak dapat meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar akibat ura-ura ditolak oleh pihak istana.

Beliau berkata "tak apalah (mengenai spekulasi itu).

"Saya kata itu (kedudukan jawatan Menteri Besar) atas istana (yang tentukan), saya tidak perlu jawab soalan tersebut."

Sementara laman web Utusan Malaysia pula melaporkan, Idris enggan mengulas persoalan sama ada beliau dipilih semula atau tidak.

Laporan itu turut menyebut "Idris kelihatan sugul" dan berkata tarikh majlis angkat sumpah menteri besar Terengganu ditetapkan istana. - Malaysiakini

"Saya tidak boleh menjawab kerana ia melibatkan istana, jadi tidak wajar saya menjawab soalan tersebut," beliau dipetik Utusan sebagai berkata hari ini.

Di Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur kini khabar bertiup kencang beliau mungkin ditamatkan perkhidmatannya.

Laporan media hari ini menyebut kira-kira 3,000 penyokongnya berkumpul menunggunya di lapangan terbang Kuala Terengganu semalam selepas muncul desas-desus istana menolak pelantikan bagi penggal kedua.

Idris, yang memegang jawatan itu pada 2004 susulan kejayaan BN merampas Terengganu daripada PAS, dikhabarkan akan digantikan dengan salah seorang pemimpin kanan Umno negeri.

Desas-desus itu mula berkembang selepas istiadat melafaz surat pengisytiharan pelantikan Menteri Besar yang dijadual di Istana Maziah pagi semalam dibatalkan.

Setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata penangguhan itu kerana Idris masih berada di Kuala Lumpur untuk "mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri hari ini (Isnin) untuk membawa arahan-arahan daripada Abdullah untuk pentadbiran di negeri ini."

Kira-kira 100 orang termasuk wakil rakyat BN dilaporkan hadir pada majlis angkat sumpah itu, antaranya Datuk Ahmad Said (DUN Kijal), Ramlan Ali (DUN Jabi), Mohd. Zawawi Ismail (DUN Telemung) dan Datuk Din Adam (DUN Bukit Besi).

Selain Rosol, Ahmad juga disebut-sebut bakal menggantikan Idris.

- http://malaysiakini.com

Sebelum ini Utusan Melaporkan

BESUT 11 Mac – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Jusoh mengambil sikap membisu berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu sekali gus menimbulkan persoalan sama ada beliau akan terus menerajui negeri ini atau digantikan dengan calon baru.

Beliau yang enggan mengulas perkara itu ketika ditanya oleh pihak media hanya memberi jawapan ringkas: “Tiada kenyataan untuk media malam ini.”

Idris berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis kesyukuran sempena kemenangan Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO Besut di sini malam tadi.

Ketika ditanya bila beliau bersedia untuk bertemu pemberita, Idris hanya menjawab: “Belum ditentukan lagi.”

Pada masa ini khabar angin bertiup kencang bahawa Idris tidak akan meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar.

– Utusan.

Idris Jusoh Tidak Diperkenan Jadi MB?

MANAKALA sewaktu sampai di Bentung saya menerima satu panggilan telefon dari Jertih, Terengganu. Pemanggil itu seorang kawan rapat dan ada kepentingan dengan Kerajaan Terengganu. Beliau juga tinggal di Jertih.

Antara lain beliau melaporkan dalam suara tertekan-tekan. Rakyat Jertih (orang Umno) kini sedang bersiap sedia untuk berarak (ke mana?). Sebabnya kerana Idris Jusoh dikatakan tidak diperkenan Sulan untuk jadi Menteri Besar Terengganu.

Menurut pemanggil itu lagi, pihak Istana katanya mahukan kepada Rosol Wahid ADUN, Ajil, untuk dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan.

Saya tidak mudah menerima berita berkenaan. Sebelum ini memang terdengar yang Idris ada masalah di Terengganu. Majlis angkat sumpah sebagai MB yang dijadualkan semalam ditangguhkan saat-saat akhir.

Menurut laporan pembatalan itu disebabkan berlaku salah teknik. Manakala Idris pula di masa sama dilaporkan bergegas ke Kuala Lumput untuk menemui Abdullah Ahmad Badawi.

Bila dikaitkan laporan langsung dari kawan di Jertih dengan apa yang berlaku seperti mana dilaporkan itu kemungkinan ada munasabah juga.

Bukan soal rakyat Jertih berarak, tetapi soal Idris tidak diperkenankan untuk menjadi MB Terengganu.

Tidak menghairankan kalau Idris tidak diperkenan oleh pihak istana. Sebelum ini berbagai cerita dan maklumat mengenai Idris Jusoh. Kekecohan semasa sebelum pilihan raya akibat tindakannya menggugurkan beberapa tokoh nasional Terengganu sebagai calon antara sebab kenapa Idris tidak disenangi oleh orang Umno Terengganu.

Mungkin kerana masalah itulah maka majlis angkat sumpah sebagai MB yang seharusnya belangusng tergendala dan bermasalah.

- http://msomelayu.blogspot.com

No comments:

Post a Comment