13 March 2008

Esok Khalid MB Selangor

Malaysiakini - Khalid angkat sumpah MB esok

Setiausaha agung PKR dan wakil Ijok, Khalid Ibrahim, akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru esok.

Upacara itu akan berlangsung pada 2 petang di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Beliau dijangka menamakan barisan anggota majlis mesyuarat kerajaan (exco) negeri dalam tempoh terdekat. - Malaysiakini

Walaupun Khalid sudah disebut-sebut sebagai Menteri Besar kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang PKR-DAP-PAS, calon timbalan menteri besar masih samar-samar.

Mereka bersetuju melantik calon DAP untuk jawatan itu tetapi istana mempunyai pandangan berbeza. Nama calon bukan Melayu itu bagaimanapun belum diketahui.

Menurut setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri menyebut, seorang menteri besar yang dilantik itu perlu berbangsa Melayu dan menganut agama Islam seperti yang tertakluk kepada Peruntukan Fasal Empat Perkara 53. - Malaysiakini

Begitu juga dengan jawatan Timbalan Menteri Besar, walaupun tidak dinyatakan dengan terperinci keperluan melantik seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, tetapi sewajarnya ia dilantik daripada orang Melayu yang beragama Islam.

Mohamad berkata, tugas Timbalan Menteri Besar adalah membantu Menteri Besar dalam urusan kerajaan dan bagaimana beliau hendak membantu Menteri Besar dalam hal-hal upacara keagamaan dan seumpamanya.

Bernama memetik beliau sebagai memberitahu satu sidang akhbar hari ini bahawa hanya ada satu jawatan timbalan menteri besar yang boleh dilantik oleh menteri besar setelah mendapat perkenan Sultan Selangor.

Menjawab soalan wartawan sama ada Sultan Selangor telah memilih bakal Menteri Besar, Mohamad berkata: "Nampaknya belum ada keputusan sebab pelantikan menteri besar ini adalah hak mutlak Sultan Selangor." - Malaysiakini

Katanya, baginda boleh memilih sesiapa daripada wakil-wakil yang telah menang dalam pilihanraya umum baru-baru ini.

Menurut Mohamad, keputusan mengenainya akan diumumkan dalam tempoh masa yang terdekat di mana satu upacara pelantikan, angkat sumpah dan taat setia akan diadakan di Istana Bukit Kayangan Shah Alam.

Mohamad juga berkata, baginda berkenan dengan penggabungan parti pembangkang - PKR , DAP dan PAS - dan baginda akan memilih calon yang sesuai untuk menjadi menteri besar Selangor. - Malaysiakini

Khalid angkat sumpah MB Selangor esok

SHAH ALAM 12 Mac – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang baru, esok.

Abdul Khalid, 62, akan mengangkat sumpah dan melafazkan ikrar taat setia di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Bukit Kayangan di sini, pukul 3.30 petang esok.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12 Sabtu lalu, Abdul Khalid memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Sayuti Said dengan majoriti 1,920 undi.

Ini adalah kali kedua beliau bertanding di kerusi itu, setelah cubaan kali pertama bertanding pada pilihan raya kecil kawasan yang sama April tahun lepas tetapi tewas kepada calon BN, K. Parthiban. – Utusan.

No comments:

Post a Comment