25 March 2008

Elak Mala Petaka, UMNO Bakal Tangguh Pemilihan Parti

Perhimpunan Agung Umno ditangguh ke Jun tahun depan

TERKINI: SUMBER KLpos.com memberitahu bahawa Perhimpunan Agung Umno akan ditangguh ke tahun depan bulan Jun.

Sumber terbabit memberitahu perkara tersebut dibuat bagi memanjangkan 'tempoh bertenang' kepada ahli UMNO akar umbi.

Sebelum ini UMNO dijangka mengadakan perhimpunan mereka pada Jun ini.

Perhimpunan kali ini akan melibatkan pemilihan pucuk kepimpinan parti tersebut.

http://klpos.com

Tangguh pemilihan UMNO

PUTRAJAYA 25 Mac – Kesemua perwakilan Badan Perhubungan UMNO negeri yang menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini, mahu pemilihan parti yang dijadualkan pertengahan tahun ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tarikh berkenaan akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti Khamis ini.

``Cadangan ini bagi mengelakkan `mala petaka’ kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita ketika memulakan tugas sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah di pejabatnya di sini hari ini.

- UTUSAN



MT timbang tangguh pemilihan Umno

Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat Khamis ini untuk memutuskan gesaan kesemua perwakilan badan perhubungan Umno negeri yang mahukan pemilihan parti itu yang dijadualkan pertengahan tahun ini, ditangguhkan.

Menurut Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, mereka membuat gesaan tersebut ketika menemui Presiden parti itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

"Cadangan ini bagi mengelakkan 'mala petaka' kepada politik negara kerana dalam keadaan sekarang semua orang tidak boleh berfikir dengan waras,’’ katanya kepada pemberita di kementeriannya hari ini.

Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu apabila gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN memperolehi 140 kerusi manakala barisan pembangkang pula mendapat 82 kerusi parlimen.

Umno sendiri tewas kira-kira 30 kerusi parlimen dan hanya mampu memenangi 78 kerusi sahaja.

Di samping itu, barisan pembangkang juga berjaya merampas empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. PAS pula berjaya mengekalkan Kelantan dengan tambahan kerusi.

Ekoran prestasi buruk Umno dalam pilihanraya umum lalu, Abdullah telah memanggil badan-badan perhubungan Umno secara berperingkat mengikut wilayah masing-masing, untuk mengadakan perbincangan di Putrajaya.

Selain membincangkan mengenai strategi untuk memulihkan semula Umno, soal pemilihan parti itu - yang ditangguhkan selama 18 bulan sebelum pilihanraya umum lalu - turut dibincangkan.

Ia ekoran kenyataan terbuka ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno yang dijadualkan Ogos ini.

Tengku Razaleigh juga menghantar surat kepada kesemua bahagian Umno di seluruh negara menggesa mereka membuat usul meminta diadakan perhimpunan agung tergempar bagi membincangkan prestasi parti dalam pilihanraya umum lalu.

http://malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment