29 March 2008

Dua Orang Israel Nak Masuk Malaysia

Lihat video - Khairy Akan Bawa 2 Orang Yahudi Pasukan Chelsea Ke Malaysia

Kita tau negara kita takde hubungan diplomatik dengan satu negara saje kat dunia ni,Israel.

Baru-baru ni kelab paling di benci iaitu Chelsea telah mengumumkan yang diorang akan buat pre season tour kat Malaysia.

Persoalannya sekarang,dapat ke tidak 2 orang rakyat Israel iaitu coach Chelsea,Avram Grant dan defender,Tal Ben Haim masuk ke negara kita?

Atau benda ni akan jadi isu besar sebab satu masa dulu ramai yang bantah ada atlit Israel datang bertanding kat negara kita ni.Mungkin kalau tengo dari sudut kemanusiaan tak salah sebab yang masuk tu bukannya orang jahat tapi kalau kita tengok dari sudut lain pulak,maksud aku,pegangan kita,seolah-olah macam kita tak dapat nak berpegang teguh dengan prinsip kita.

Israel musuh kita,Israel juga musuh orang Islam.Itu memang aku percaya semua orang Islam punya pandangan.Jadi,kalau anda jadi Perdana Menteri Malaysia,apa yang anda buat?

Pegang teguh pada pendirian negara kita ataupun senyap2 ambik duit yang dihulur bawah meja dan buat dengar tak dengar aje rakyat Malaysia kutuk anda?

http://cursingmalay.blogspot.com

No comments:

Post a Comment