29 March 2008

Dakwaan Salah Laku Projek berbilion-bilion di Terengganu , Tun Mahathir Saran Agensi Asing Siasat - MalaysiaKini

Siasat salah laku di Terengganu

Dalam tulisan yang sama, Dr Mahathir turut menyarankan agar diadakan siasatan - sebaik-baiknya oleh agensi asing yang berwibawa - mengenai dakwaan berlaku salah laku dan penyelewengan kuasa, sehingga menyebabkan pihak istana menolak calon menteri besar pilihan BN.

Menurutnya, terdapat khabar-khabar angin yang mendakwa pelbagai projek yang dijalankan di negeri itu, bernilai berbilion-bilion ringgit, adalah tidak perlu dan membazir dan kontraknya diperolehi oleh orang luar Terengganu yang didakwa didukung oleh anggota keluarga pemimpin tertinggi negara.

Juga didakwa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Badawi telah "mempengaruhi" bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh yang didakwa bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku di negeri itu dan dia juga didakwa turut mendapat keuntungan kewangan, kata Dr Mahathir.

"Semua ini adalah khabar angin. Adalah agak mustahil untuk membuktikan apa-apa kerana mereka yang melakukannya, pandai untuk melindungi diri masing-masing," katanya lagi.

Di samping itu, kata Dr Mahathir lagi, rakyat "tidak yakin" dengan siasatan yang dijalankan oleh agensi dan jabatan kerajaan kerana mereka mendakwa berlaku campur tangan kerajaan.

"Untuk membersihkan namanya, kerajaan perlu mendapatkan khidmat agensi asing yang berwibawa untuk menjalankan siasatan. Tentulah, mereka (agensi asing itu) mesti diberi akses sepenuhnya terhadap dokumen dan lain-lain," kata Dr Mahathir.

http://www.malaysiakini.com

No comments:

Post a Comment