13 March 2008

DAP Kembali ke Bumi Nyata

DAP terima pelantikan MB dari PAS

Salahfaham berhubung isu pelantikan menteri besar baru Perak telah selesai, kata Pengerusi DAP Perak.

Berikutan itu, katanya, semua ahli Dewan Undangan Negeri (DAP) akan menghadiri majlis angkat sumpah Menteri Besar, Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS. - Malaysiakini
Upacara mengangkat sumpah akan berlangsung di Istana Iskandar, Kuala Kangsar pada jam 4 petang ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham kepada Malaysiakini pagi ini.

Ngeh yang juga Adun Setiawan dilantik timbalan menteri besar I.

Manakala jawatan timbalan menteri besar 11 akan dilantik dari kalangan wakil rakyat keturunan India.

Wakil rakyat PAS Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Besar Perak selepas gabungan DAP-PAS-PKR berjaya menawan Perak.

Mohamad Nizar, seorang jurutera, menang di kerusi Pasir Panjang dengan majoriti 4,474 undi.

Bagaimanapun, semalam, pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata pelantikan Nizar tidak direstui jawatankuasa eksekutif DAP.

Berikutan itu, beliau berkata, Adun DAP tidak akan menghadiri upacara angkat sumpah menteri besar hari ini. - Malaysiakini


Media Statement by DAP MP for Ipoh Timur Lim Kit Siang on Thursday, 13th March 2008:

No disrespect to Perak Sultan and Regent ever intended and apology for any offence caused as the statement was on party position at the time.

My three-paragraph statement at 7 pm last night that the DAP Central Executive Committee emergency meeting on 9th March had not given approval for a PAS Mentri Besar to head a Perak coalition state government was not made out of disrespect to the Perak Sultan and Regent both of whom whom I have always held in the highest regard and I apologise for any offence caused. The statement was on the party position at the time.

There have been further discussions and developments on the matter in the hours after the statement. Announcements of the latest position will be made.

http://dapmalaysia.org

Kit Siang mohon maaf kepada Raja Dr Nazrin Shah

Oleh Wan Nordin Wan Yaacob

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, kenyataan yang dibuat berhubung tidak mengiktiraf pelantikan wakil PAS, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak bukanlah bertujuan untuk tidak hormat kepada keputusan Pemangku Sultan Perak, Dr Raja Nazri Shah.


Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini.



Sebaliknya kata beliau, kenyataan tiga perenggannya berhubung isu itu adalah kenyataan selepas mesyuarat parti ketika itu sahaja (semalam).


Beliau tidak berniat untuk tidak menghormati, dan beliau memohon maaf kepada Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah di atas kenyataan itu yang mungkin menimbulkan sebarang masalah.


Beliau seterusnya berkata, berhubung isu itu beliau akan berbincang dan kenyataan terkini berhubung hal itu akan dibuat kemudian

- http://pas-kubangpasu.blogspot.com

DAP mohon maaf

KUALA LUMPUR 13 Mac – DAP memohon maaf atas kenyataannya semalam, yang meminta 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak memulaukan istiadat pelantikan Menteri Besar Pas yang dijadual berlangsung pukul 4 petang ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam kenyataan terbaru pagi ini berkata, kenyataan tiga perenggan membantah pelantikan Setiausaha Perhubungan Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

“Mesyuarat tergempar Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP pada 9 Mac tidak memberi kelulusan bagi seorang Menteri Besar Pas mengetuai kerajaan campuran negeri Perak bukan dibuat kerana tidak menghormati Pemangku Raja Perak yang saya sentiasa beri sanjungan tertinggi dan saya memohon maaf jika menyebabkan tersinggung perasaan,” kata penasihat parti itu Lim Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kenyataan semalam dibuat berdasarkan kedudukan DAP pada ketika itu.

“Terdapat rundingan dan perkembangan selanjutnya mengenai perkara itu beberapa jam selepas kenyataan tersebut.

“Kenyataan mengenai kedudukan terbaru itu akan dibuat,” kata beliau.

Malam tadi, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, parti itu terkejut dengan keputusan pelantikan MB dari Pas itu.

Beliau berkata, CEC DAP memberikan kelulusannya bagi pembentukan kerajaan campuran negeri Perak diketuai oleh DAP atau PKR tetapi bukan Pas.

Berikutan itu, beliau mengarahkan semua 18 ADUN DAP di Perak memulaukan majlis angkat sumpah hari ini.

Muhammad Menyebelahi PAS Perak?

DAP biadap

KUALA LUMPUR 13 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan arahan DAP supaya wakil rakyatnya di Perak memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar, sebagai sungguh biadap dan kurang ajar.

Beliau berkata, DAP perlu ingat bahawa majlis tersebut adalah sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak yang bermakna jika tidak menghormatinya, maka ia menjadi satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, semalam, yang memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.



- http://www.utusan.com.my

No comments:

Post a Comment