06 March 2008

Chandra tidak boleh dipegang kata-katanya - Zulkifli Sulong

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh) - "Orang yang tidak boleh dipegang dan dipercayai kata-katanya adalah Dr Chandra Muzaffar, bukannya Dato' Seri Anwar Ibrahim," kata Zulkifli Sulong, bekas Ketua Pengarang Harakah.

Zulkifli yang pernah didapati bersalah 10 tahun lalu dan didenda RM5,000 oleh mahkamah di bawah Akta Hasutan berkata, apa yang berlaku kepada beliau adalah kerana percaya kepada kenyataan Dr Chandra.

Zulkifli didapati bersalah sebagai penyunting Harakah apabila menerbitkan berita yang berasaskan kenyataan Dr Chandra ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional.

"Yang saya sangat kesal adalah Dr Chandra tidak bersedia untuk menjadi saksi dalam perbicaraan saya untuk mempertahankan tulisannya itu. Jika tulisan itu pun beliau tidak berani pertahan, saya percaya media yang menyiarkan kenyataannya terhadap Anwar akan menghadapi masalah yang serupa dengan saya apabila disaman oleh Anwar nanti," kata Zulkifli.

Pada tahun 1988, Harakah yang diketuai Zulkifli menyiarkan kenyataan media yang dibuat Chandra.

Ekoran itu, pada 12 Januari 2000, selepas pilihan raya umum 1999, Zulkifli didakwa di bawah Akta Hasutan dan didapati bersalah kemudiannya dan didenda RM5,000 atau enam bulan penjara.

Zulkifli membayar dendanya itu.

Pencetak Harakah juga didakwa dan mereka mengaku bersalah dan didenda RM4,000.

- http://www.harakahdaily.net

No comments:

Post a Comment