Eksklusif: Sah, Ezam Tawarkan Diri Sebagai Senator !!
Maka hebohlah dikalangan orang-orang Gerak, perihal ketuanya yang juga bekan mantan AMK Parti Keadilan Rakyat menawarkan diri untuk menjadi Senator. Berita panas ini heboh diperkatakan dikalangan kroni-kroni Cucu di Pahang. Biarpun ianya belum dapat disahkan, namun Cucu begitu simpati dan terharu dengan nasib yang menimpan Ezam dan rakan-rakannya sekarang. Tambah simpati lagi ialah nasib "Kumpulan 12" yang bak kata orang "Hidup Segan Mati Tak Mau".
Mereka kini bagai tiada arah nak dituju. Dulu mereka adalah hero dan pendekar yang begitu lantang memperjuangkan isu Anwar dan keadilan untuk rakyat . Nama-nama besar seperti Faizal Sanusi, Azwandin Hamzah, Roslan Kassim, Zahid Mat Arip, Lokman Noor Adam, Zukri Akhsah dan ramai lagi sudah sinonim dengan gerakan reformasi sejak pemecatan Anwar dulu. Namun dek kerana percaturan politik mereka yang lemah dan semangat juang kental yang sengaja dibuat-buat maka kini nasib mereka terumbang ambing "Bagai Telur Dihujung Tanduk". Perletakkan jawatan beramai-ramai dan kemasukkan ke dalam UMNO konon merasakan diri mereka akan mendapat tempat jelas sekali memudaratkan masa depan politik masing-masing.
Kesilapan percaturan ini menyebabkan pemimpin muda ini kini terus terpinggir dari arus politik tanahair. Mereka kini terpaksa melakukan kembali kerja biasa sebelum bergelar ahli politik. Sangkaan akan mendapat tempat dalam UMNO meleset sama sekali. Bahkan ada sesetengah dari kalangan mereka yang langsung tidak dipilih mengganggotai jawatankuasa UMNO cawangan dan bahagian. Walhal sebelum itu, mereka amat popular di peringkat pusat. Inilah akibat bacaan yang salah. Mereka mungkin merasa yang Anwar akan terus merengkok atau hilang dari kancah politik negara. Mereka sungguh terkejut pabila Anwar dibebaskan setelah Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Mahathir.
Akhirnya kini nama mereka tidak langsung terpapar dari senarai calon dalam pilihanraya baik untuk BN apatah lagi pembangkang. Apapun nasib kumpulan Ezam lebih baik dari kumpulan 12. Ini kerana Ezam tidak menyertai UMNO secara terbuka sebaliknya menubuhkan NGO baru yang dinamakan sebagai GERAK (Gerakan Anti Rasuah Dan Korupsi). Maka ramailah dikalangan penyokong Ezam yang memilih untuk menyertai Gerak. Bagi mereka nama mereka akan naik menerusi NGO pimpinan Ezam. Semua ini akhirnya meleset sama sekali. NGO ezam bukan seperti Lee Lam Tye bekas pemimpin kanan DAP. NGO Ezam menentang aspirasi kerajaanm sebaliknya Lee Lam Thye menyokong kerajaan. Maka Lee semakin popular dan menikmati berbagai jawatan dan ganjaran. Sebaliknya Ezam dan juak-juaknya akhirnya terkubur begitu sahaja.
http://www.cucumatkilau.blogdrive.com
No comments:
Post a Comment