Para penyokong Barisan Nasional berasa amat yakin akan memperolehi undi majoriti yang lebih besar dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU12) kali ini. Malah keyakinan ini tergambar dengan beberapa kenyataan pimpinan utama mereka termasuklah Abdullah Ahmad Badawi dan lain-lainnya. Keyakinan ini disebabkan oleh kata-kata Setiausaha SPR (Kamaruzaman Mohd. Noor) yang menyatakan bahawa paling awal Kerajaan Malaysia yang baru boleh dibentuk sekitar pukul 11 malam ini.
Malah keyakinan Barisan Nasional ini berasas kerana mereka telah menyediakan beberapa laluan khas menuju kearah kemenangan dengan berpandukan beberapa fakta dibawah.
1. Penyediaan beberapa ribu remaja (belum layak mengundi) yang telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih yang disediakan oleh SPR dan kemudiannya diangkut dengan beberapa bas sewa khas untuk mengundi di beberapa kawasan yang telah ditentukan oleh SPR untuk memeka. Remaja ini akan dibekalkan dengan wang dan makanan kerana mereka akan dibawa mengundi di sekurang-kurangnya tiga (3) kawasan mengundi. Penggunaan pengundian berganda ini telahpun pernah dilakukan beberapa kali dan kali ini ianya digunakan dengan secara meluas.
2. Penyediaan pengundi yang diragui status kewarganegaraan mereka dimana warga asing yang menetap di Malaysia telah diberikan kad pengenalan tulin / palsu oleh pihak pihak tertentu khas untuk mengundi Barisan Nasional. Ini dilakukan dengan kerjasama beberapa orang (peringkat tertinggi) dalam Jabatan Pendaftaran Negara. Malah dengan kerjasama SPR yang tidak membenarkan pemeriksaan kad pengenalan (MyKAD) ini menyebabkan kemungkinan berlakunya penggunaan MyKAD palsu dalam pilihanraya kali ini.
3. Pembekalan kertas undi yang telah dipangkah kepada warga tua dan sebagainya untuk tujuan mengundi telah dikenalpasti dilakukan di Pilihanraya Kecil Ijok dan kini akan digunakan dengan secara meluas. Malah setiap pengundi yang membuat pengundian dengan berbekalkan kertas undi ini diberikan wang ringgit (sekurang-kurangnya RM50 seorang) jika berjaya membawa keluar kertas undi yang masih kosong dan diserahkan kembali kepada pihak-pihak tertentu.
4. Undi POS yang diragui kerana beberapa Barisan Nasional dengan kerjasama SPR dan pihak keselamatan telahpun beberapa kali menggunakan idea dan teknik ini dalam usaha Barisan Nasional mengekalkan kuasa dalam setiap pilihanraya.
Apa yang pasti semua keyakinan mereka (Barisan Nasional) memang berasas namun semua keputusan adalah ditangan Allah S.W.T. Bagi para pembangkang (terutamanya yang beragama Islam) apa yang diharapkan cuma satu perubahan dilakukan dengan kehendak Allah Taala walaupun Barisan Nasional telah berusaha dengan pelbagai cara untuk memenangi pilihanraya kali ini. Dan kita harap Allah S.W.T membalas penipuan yang Barisan Nasional lakukan dengan sebaik-baik pembalasan. Ini kerana Allah S.W.T adalah sebaik-baik pembalas penipuan.
Kepada pimpinan Barisan Nasional yang beragama Islam, jika anda bersekongkol dalam penipuan ini maka sedarlah hasil pendapatan yang anda dapat daripada usaha anda ini adalah haram dan akan dilaknat diakhirat kelak. Kepada para pengundi hantu (semua kategori) yang beragama Islam, makanlah kamu dari hasil yang haram dan jadikan dirimu bahan bakar api neraka yang paling hina. Kepada pengawai-pegawai SPR, JPN dan POLIS (yang beragama Islam) yang terlibat sama dengan penipuan ini, makanlah anda dengan hasil yang haram dan bersedialah untuk dijadikan bahan bakar api neraka di akhirat kelak.
Kepada Allah S.W.T, Tuhan Sekalian Alam kami bermohon bantuan dan perlindungan.
Allahhuakbar, Allahhuakbar, Allahhuakbar,
- http://ketuaperusuh.wordpress.com
No comments:
Post a Comment