29 March 2008

3 Individu Ditahan, Isu Kain Rentang

Individu pamer kain rentang hina raja dikenal pasti

KUALA TERENGGANU 28 Mac – Polis mengenal pasti tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes mempamerkan kain rentang yang didakwa menghina institusi raja, semasa satu perhimpunan di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Iman di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Ayub Yaakob berkata, kes itu kini di peringkat akhir siasatan.

Beliau yang dihubungi Bernama di sini hari ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung kes tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Ayub menasihatkan orang ramai yang ingin menyambut keberangkatan pulang Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini pagi esok supaya tidak membawa kain rentang yang mengandungi perkataan-perkataan sensitif.

“Kita minta semua yang hadir supaya mengawal perasaan, jaga kelakuan dan jangan melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan ketegangan,” katanya.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran lalu-lintas. — BERNAMA.

No comments:

Post a Comment