17 March 2008

10 Sebab Idris Tidak Layak

Dosa Besar Idris terhadap rakyat Terengganu

Kuala Terengganu, 16 Mac - Sinar Seharian sebuah penerbitan yang diedarkan semasa kempen pilihanaray memaparkan liputan berita Sultan Murka Idris. Terkandung didalamnya artikel 10(Sepuluh) Dosa Besar Idris terhadap rakyat Terengganu. Buletin Online dimaklumkan bahawa bahan tersebut dicetak oleh ahli UMNO sendiri. Dibawah disenaraikan dibawah kezaliman Idris Jusoh terhadap rakyat Terengganu untuk renungan dan muhasabah kita semua.
1. Kemiskinan

Statistik 2006 menunjukkan 15.4% penduduk Terengganu berada dibawah tahap kemiskinan iaitu kedua tercorot selepas Sabah. Berbanding Kelantan hanya 10.6%. Semasa pentadbiran kerajaan PAS, statistik diturunkan kepada tangga ke 4 dari bawah tetapi naik semula apabila Idris mengambil alih pemerintahan.

2. Pilih kasih

Anak Exco kerajaan negeri Terengganu mendapat biasiswa. Dua anak Exco adalah anak kepada Dr Latiff Awang dan anak kepada Wan Mohamad Wan Hasan. Pelajar terbaik Terengganu. Abdullah Haris Zakaria dinafikan haknya untuk mendapat biasiswa, walau pinjaman sekalipun.

3. Tidak membawa manfaat kepada rakyat

Monsoon Cup merupakan projek Idris, RM 300juta dibelanjakan setahun untuk projek yang tidak membawa manfaat kepada rakyat. Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti, Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh yang juga ahli Parlimen UMNO/BN Grik, mempersoalkan sukan tahunan itu Dengan RM 300 juta banyak faedah lain yang boleh diberikan kepada rakyat Terengganu

4. Pembaziran
Projek Taman Tamadun Islam(TTI) dan masjid kristal di Pulau Wan bernilai RM 500 juta. Pembinaan masjid kristal sahaja menelan belanja RM27 juta, tetapi tarafnya hanya sebuah ‘surau’ dan tidak boleh didirikan solat Jumaat. Majlis Perasmian TTI dibuat dua kali dan memakan belanja RM 15 juta.

5. Membina empayar ‘Kroni’ - MB Hanya patung

Segala projek pembangunan negeri Terengganu diserahkan kepada ‘kroni’ Pak Lah, Patrick Lim sehingga Tun Mahathir memanggilnya Patrick Badawi. Dua projek Mega Idris Monsoon Cup/ Pembangunan Pulau Duyong dan Taman Tamadun Islam Masjid Kristal diserahkan kepada Patrick Lim.
Dr Mahathir menegaskan, bahawa Terengganu sebenarnya diperintah oleh menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin dan rakan perniagaannya , Patrick Lim.
"Patrick Lim ini ialah Patrick Badawi," akhbar Singapura, The Straits Times 23 September 2006 memetik Tun Dr Mahathir sebagai berkata.
"Ini adalah Perlembagaan baru yang telah diubah tanpa pengetahuan Parlimen. Perlembagaan baru berkata menantu dan Patrick Lim sedang memerintah Terengganu," sindir bekas Perdana Menteri.

6. Harga Barang Melambung
Sejak mengambilalih kerajaan negeri dari PAS Idris tidak mengambil peduli masalah rakyat yang terpaksa menghadapi kenaikan harga barang keperluan harian

7. Jenayah mengancam rakyat

Kenaikan kadar jenayah di Terengganu menjadi-jadi setelah Idris memerintah. Di Besut, Idris juga menggunakan samseng untuk mengawal urusan dengan rakyat bawahan.

8. Pengangguran
Pengangguran bertambah dikalangan rakyat Terengganu. Idris menjanjikan peluang pekerjaan sebanyak 25,000 semasa merampas pemerntahan dari PAS tahun 2004

8. Merobohkan masjid

Idris merobohkan Masjid Bujal, masjid yang didirikan oleh rakyat di Kemaman Terengganu


9. Menembak rakyat

Kerajaan Idris menembak rakyat sendiri yang tidak berdosa. Setelah ditembak, Suwandi dan Azman di penjara. Banyak bukti yang dikemukakan memang tragedi menembak rakyat sengaja di rancang oleh kerajaan Idris Jusoh

10. Merampas tanah rakyat

Idris merampas beratus-ratus ekar tanah rakyat dan menzalimi rakyat. Kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu di bawah kepimpinan Menteri Besarnya, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh bertekad meneruskan tindakan zalim, membatal serta merampas semula tanah-tanah rakyat.

http://buletinonline.net

No comments:

Post a Comment