Kuala Lumpur, 21 Feb - Pihak Pembangkang Malaysia akan bertanding setiap kerusi untuk kali pertama dalam sejarah negara Malaysia.
“Pada pilihanraya-pilihanraya yang lepas BN ada menang beberapa kerusi tanpa dicabar dan kami mahu memastikan setiap kerusi ditanding kali ini,” kata Timbalan Presiden KeADILan Azmin Ali.
“Ini adalah perkembangan yang besar untuk pihak pembangkang,” kata Azmin.
“Kami mahu menunjukkan bahawa kami berwibawa dan berkemampuan untuk berlawan dengan BN. Kami juga ingin memberitahu para pengundi bahawa kami bersedia untuk memimpin.”
Pihak pembangkang telah bertungkus lumus untuk memastikan tiada kerusi yang bercanggah dan setiap kerusi dijangka ditanding satu-lawan satu.
-keadilan
No comments:
Post a Comment