24 February 2008

Mohamad Sabu ditentang wanita bergelar nenek

KUALA TERENGGANU, 24 Feb (Hrkh) - Haji Mohamad Sabu berdepan dua calon iaitu Barisan Nasional (BN) dan Bebas yang boleh dikatakan bergelar nenek di Parlimen Kuala Terengganu.

Calon bebas seorang wanita, Maimun Yusuf, 89 mengemukakan borang percalonan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 9.05 pagi.

Lima minit kemudian diikuti calon BN, Dato' Razali Ismail, bermakna Parlimen tersebut menghadapi pertandingan tiga penjuru sebagaimana yang diumumkan Pegawai Pengurus SPR Kuala Terengganu, Dato' Mat Razali Kassim, 53.

Sementara empat Dewan Udangan Negeri (Dun) dalam parlimen tersebut hanya berlaku pertandingan satu lawan satu.

Mohd Abdul Wahid Endut sekali lagi diamanahkan bertanding bagi mempertahankan kerusi beliau di Wakaf Mempelam menentang Othamn Awang dari BN yang merupakan muka baru.

Dr Syed Azman Ahmad Nawawi menghadapi tugas besar bagi mempertahankan kerusi Dun Batu Burok yang dilepaskan oleh Wan Mutalib Embong. Kali ini beliau meghadapi saingan BN yang merupakan Senator, Nordiana Shafie.

Nordiana yang juga Ketua Puteri Umno Terengganu mengantikan calon BN lalu Dato' Che Mat Jusoh yang digugurkan.

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Abdul Manaf Che Mat bertanding di Dun Bandar menentang calon BN dari MCA, Toh Chin Yaw.

Bagi kerusi Parlimen terdapat bantahan daripada parti yang bertanding iaitu PAS dan Umno, bagaimanapun ditolak oleh SPR.

Hampir 5,000 penyokong PAS mengiringi calon yang bertanding berarak ke Wisma Durul Imam bermula di Masjid Tok Ku Paloh Cabang Tiga pada pukul 8.15 pagi. Manakala BN berarak dari Bangunan Umno di Jalan Gong Kapas.

- HarakahDaily

No comments:

Post a Comment