15 January 2008

Unit Amal gerak operasi kesan Sharlinie

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Hrkh) - Jabatan Amal Malaysia mengarahkan ahli Unit Amal setiap negeri membantu mengesan Sharlinie Mohd Nashar yang didapati hilang selepas bermain di taman permainan Taman Medan, Petaling Jaya.

Setiausahanya, M. S Abu Sahid berkata, Jabatan Amal tidak mahu tragedi ngeri yang berlaku ke atas Allahyarham Nurin Jazlin berulang kepada Sharlinie.

Beliau berharap orang ramai peka dengan memberikan bantuan serta kerjasama bagi mengesan kehilangan Sharlinie.

Sehubungan itu, Unit Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan turut berusaha mencari Syarlinie dengan mengedarkan posternya selepas menunaikan solat Jumaat di masjid Kampung Baru, Jumaat, 11 Januari lalu.

Sharlinie didapati hilang selepas bermain di taman permainan kira-kira 200 meter dari rumahnya kira-kira jam 11.30 pagi.

Ketika kejadian, Sharlinie dikatakan dalam perjalanan pulang bersama kakaknya Sharliena melalui sebuah lorong.

Unit Amal akan meneruskan operasi mengesan Sharlinie di kawasan tumpuan ramai seperti di Jalan Masjid India dan Jalan Chow Kit.

Menurut M. S Abu Sahid, walaupun Syarlinie dilaporkan hilang di Petaling Jaya, tetapi tidak mustahil mangsa dibawa keluar dari tempat itu.

- HarakahDaily

No comments:

Post a Comment