15 January 2008

Pakar sahkan klip video Lingam bebas suntingan

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Pakar forensik digital, Mohd. Zabri Adil Talib mengesahkan klip video selama lapan dan 14 minit yang memaparkan rakaman perbualan peguam, Datuk V.K. Lingam adalah sahih serta bebas daripada unsur-unsur suntingan atau pertindihan imej.

Beliau turut mengesahkan suara Lingam padan dengan suara yang terdapat dalam klip video itu selepas melakukan analisis audio dan visual di makmal `biometrik agnition’ di Madrid, Sepanyol.

Katanya, markah nisbah kebarangkalian sebanyak 185 yang diperolehi dalam analisis padanan suara menjadikan ia cukup kuat untuk diterima di mahkamah.

- Utusan

No comments:

Post a Comment