12 January 2008

Sharlinie: Polis buru suspek lelaki Melayu

PETALING JAYA 12 Jan. - Polis kini menjuruskan misi memburu seorang suspek lelaki melayu yang diyakini sebagai suspek yang sama menculik dua budak perempuan termasuk kes Sharlinie Mohd Nashar yang hilang tidak jauh dari rumahnya, di Taman Medan, di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mmeberitahu berdasarkan keterangan Sharliena iaitu kakak Sharlinie dan Nur Fatiha Zaidi yang diculik di tempat yang sama tetapi ditinggalkan di Wangsa Maju, polis membuat kesimpuilan bahawa kedua-dua mangsa diculik penjenayah yang sama.

``Kita yakin penculik Nur Fatiha dan Sharlinie orang yang sama dan usaha memburu kini difokuskan kepada suspek dengan lakaran wajah yang diedarkan polis dan telah disiarkan di media baru-baru ini.

``Kita meminta orang ramai yang nampak suspek dengan wajah seperti lakaran fotofit yang diedarkan agar segera menghubungi pihak polis secepat mungkin,'' katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di pejabat, di sini hari ini.

Menurutnya, polis juga kini sedang megambil keterangan lanjut daripada beberapa saksi yang mendakwa ternampak seorang lelaki Melayu berhampiran lokasi kejadian dengan muka yang menyerupai sepenuhnya lakaran wajah suspek pada hari kehilangan Sharlinie Rabu lalu.

Beliau memberitahu sehingga kini sejumlah RM17,000 telah ditawarkan oleh pelbagai pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO).

sementara itu isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah dijadual melawat dan meluangkan masa menziarahi keluarga Sharlinie di rumah datuknya di No. 29 Jalan PJS 2C/11N, Taman Medan, di sini pukul 4.30 petang ini, turut mengiringi beliau ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

No comments:

Post a Comment