30 January 2008

Kesihatan Dato' Ishak Baharom kritikal

KUALA LUMPUR, 30 Jan (Hrkh) - Bekas Mufti Selangor, Dato' Ishak Baharom telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah pagi semalam.

Menurut jirannya, Zaitun yang dihubungi Harakahdaily, Ishak sebelum itu telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, kemudian telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh setelah tidak sedarkan diri sewaktu dikejutkan bangun untuk menunaikan solat Subuh pagi semalam.

Dalam perkembangan terbaru, pihak doktor yang merawat Ishak telah meminta ahli keluarga beliau untuk membawanya pulang setelah beliau tidak dapat diselamatkan.

Berdasarkan sumber, ia adalah disebabkan saluran darahnya yang pecah mengakibatkan beliau koma serta tidak sedarkan diri.

Buat masa ini, saudara mara serta jiran-jiran sedang berkumpul menanti ketibaan Ishak yang masih kritikal di kediamannya, di Klang.

- HarakahDaily

No comments:

Post a Comment