Lega anak-anak sudah terimanya kembali, selalu datang melawat.
DI sebalik sesuatu kejadian yang menimpa, pasti tersembunyi rahmat Allah. Jika sedikit masa lalu Yusni Jaafar, 62, bersedih mengenangkan perlakuan anak-anak yang meminggirkannya, kini kasih antara mereka kembali bertaut.
Semoga Maal Hijrah yang baru disambut Khamis lalu membawa keberkatan dan sinar baru kepada Yusni dalam meniti usia emasnya.
Walaupun sejak kebelakangan ini keadaan kesihatan Yusni tidak menentu, ada cahaya kebahagiaan pada wajahnya kerana dapat kembali menatap wajah anak dan cucu yang sekian lama dirinduinya.
Hati ibu mana tidak terusik apabila anak yang dikandung selama sembilan bulan 10 hari akhirnya tidak mempedulikannya lagi.
Namun segala derita hati ibu tua itu berakhir apabila sebelum Hari Raya Korban lalu, semua anak-anaknya termasuk Raja Ema melawatnya di Hospital Selayang (HS) ketika beliau mendapatkan rawatan di situ.
Sekali lagi pada penghujung tahun lalu, Yusni dimasukan ke hospital sama dan anak-anak tidak lupa melawatnya membuatkan ikatan kasih yang terlerai dulu erat semula.
Air dicincang takkan putus. Begitulah diibaratkan pertalian darah antara ibu dan anak. Apatah lagi syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Jasanya membesarkan kita pasti tidak dapat dibalas dengan segunung intan.
“Saya bersyukur kerana anak-anak menerima saya kembali dan mereka kini selalu datang ke rumah saya di Ampang. Kini boleh dikatakan setiap hujung minggu, mereka datang bermalam di sini.
“Ketika masih sihat, saya juga ada balik ke rumah Raja Ema di Subang Jaya dan mereka juga mempelawa saya kembali menetap bersama mereka. Tetapi di sana saya tinggal di bilik atas dan suasana itu merimaskan saya.
- H/Metro
No comments:
Post a Comment