KUALA KANGSAR, 6 Jan (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim membayangkan hasrat beliau untuk bertanding di Kawasan Parlimen di sini dalam pilihan raya ke-12 akan datang.
"Saya tersangat gembira kiranya dapat bertanding di Kawasan Parlimen Kuala Kangsar nanti bagi mengalahkan Dato' Seri Rafidah Aziz yang telah mengekalkan kemenangannya sebagai Ahli Parlimen di sini sejak sekian lama," katanya sewaktu berceramah di majlis perjumpaan sepetang bersama rakyat selepas Jumaat di Kg. Sayong Lembah dekat sini 4 Januari lalu..
Tegasnya, beliau ingin menjadi calon Kawasan Parlimen di sini adalah untuk melakukan perubahan yang menguntungkan semua rakyat di bandar Diraja itu khasnya dan kemajuan pembangunan negeri Perak serta negara amnya.
"Biar ada perubahan di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar sudah 50 tahun beri umno/Barisan Nasional pegang. Maka dikali ini rakyat berilah pula kepada Parti KeADILaan dan PAS. Juga biar ada perubahan di Ipoh dan di seluruh pelusuk negeri Perak dan negara. Kawan-kawan semua tolong kerja kuat demi supaya perubahan itu menjadi kenyataan," katanya.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu menjelaskan walau pun telah setengah abad Umno/BN menerajui negara, tetapi insfrastruktor dan pembangunan ekonomi kemajuan rakyat tidak bertambah, malah semakin mundur dan hampir pupus.
- HarakahDaily
No comments:
Post a Comment