MANILA 4 Jan. – Pihak berkuasa Filipina berjaya menangkap dua militan Islam berkaitan Al Qaeda termasuk salah seorang yang amat dikehendaki kerana menculik tiga warga Amerika Syarikat (AS) dan 17 pengunjung di sebuah pusat peranginan dalam kejadian pada tahun 2001.
Kedua-duanya berjaya ditahan dalam serbuan berasingan di selatan Filipina.
Menurut Leftenan Jeneral Nelson Allaga, pihaknya berjaya menahan salah seorang pemimpin gerakan Abu Sayyaf, Tuwatin Anahalul di Wilayah Zamboanga del Sur, semalam.
Pihak kerajaan sebelum ini pernah menawarkan dua juta pesos (RM159,898 ribu) jika tertangkapnya Tuwatin yang juga dikenali sebagai Abu Basilan itu.
“Beliau terlibat dalam kes penculikan yang berlaku di Lamitan dan Dos Palmas di selatan Pulau Palawan.” kata Allaga.
Melalui penahanan Tuwatin, tentera kemudiannya mendapat maklumat bagi menahan seorang lagi pemimpin di Margusatubig tetapi namanya enggan dinyatakan oleh pihak tentera.
Pada bulan lalu, seramai 14 pejuang Abu Sayyaf berjaya ditahan ekoran kes penculikan pasangan mubaligh Kristian dari Amerika Syarikat, Martin dan Gracia Burnham dan seorang lagi warga AS Guillermo Sobero dan 17 lagi pengunjung sebuah pusat peranginan.
Martin terbunuh ketika pihak tentera menyerang penculik bagi menyelamatkan beliau dan isteri pada 2002.
Sementara Sobero pula mati akibat di pancung oleh pejuang tersebut.
Perjuangan Abu Sayyaf masih merupakan satu masalah besar kepada Filipina walaupun anggota gerakan itu kini dipercayai berjumlah 300 orang berbanding 1,000 pada 2001.
Pemimpin utama gerakan itu, Khadaffy Janjalani terbunuh pada September 2006 di selatan Pulau Jolo dan penggantinya, Abu Sulaiman pula berjaya ditembak mati pada satu serangan pada tahun lalu.
– AP
No comments:
Post a Comment